Burung Hantu

Assamualaikum.


Wowweee. Lihat di jam laptop, waktu sekarang ialah 2.18 pagi. Masih lagi belum terlena karena tempias kerja ku yang 'berlaksa- laksa' banyaknya. Semangat terus berkobar-kobar dek menyisip secawan nescafe ketika kelas Sosiolinguistik petang tadi. Hasil bancuhan rakan sekelas, terdaya memerah otak hingga ke pagi. Budaya kami sentiasa ada coffee break ketika kelas, dan wujudnya coffee girl akan membancuh air panas untuk rakan-rakan sekelas. Kasih buat Professor yang menyayangi kami :)

Kesudahannya, menjadi burung hantu. Mata terbuka luas memahami teori motivasi Gardner. Syukur, dapat jua ku temui rujukan hebat beliau hanya menerusi laman web. Bukan semudah yang disangka, kalau merujuk sumber kedua dan ketiga pun tidak diterima, lalu terpaksa mencari sumber primer. (T_T) nasib ada. 

Syukur,  dua halaman bertaip. Biar sedikit, lama- lama berbukit-bukit. Lama? Dua minggu lagi perlu menghadap beliau dengan hasil kajian yang tak seberapa ini. (T_T) Bukan mudah, tapi ku anggap cabaran. Kalau dicabar pun memerlukan persediaan.

Waktu belajar perlu senyap dan sunyi supaya minda lebih konsentrasi. Waktu menghayati jurnal-jurnal dengan membaca setiap ayat, perlu 'zero noise'. Tiada gangguan. Kadang, mahu juga alunan musik menjadi peneman. Kalau dulu zaman muda remaja, 'headbanging' lagi buat otak ligat berfikir. Kalau sekarang, irama sentimental menjadi pilihan. Kamu pula bagaimana?


Kalau dulu zaman muda remaja, 'multi-tasking' itu sebati dengan jiwa. Bertangguh kerja pun masih sempat untuk disudahkan. Kalau sekarang, 'multi-tasking' makin sukar. Konsentrasi makin lemah.Kamu pula bagaimana?

Kalau dulu zaman muda remaja, berjaga malam hingga ke pagi dah menjadi biasa. Kalau sekarang, badan tidak sekuat dahulu atau hanya alasan semata-mata. Kamu pula bagaimana?

Ah, tak perlu gusar, perubahan itu normal bersesuaian dengan usia. *dengan harapan untuk menyenangkan hati.

Tamat tempoh untuk mencurah idea di sini. Doakan kerjaku dipermudahkan dan begitu juga kalian. 


Selamat malam. :)
.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...