b-u-s-y

Assalamualaikum.

Mood sedih ni...lama betul tak jenguk belog. Memang takde mase la nak update. 2012 is coming. Sekejap je rasenye.. Alhamdulillah ^_^ Teacher busy meeting..oh banyak betul pegang jawatan. Gila kuase betol taon depan nih! Sabar jelah...hmmmmm Alhamdulillah. It's a process of learning. *positifkan diri* kemas kelas, cat kelas, minit mesyuarat..aiseh..jadik cekgu pengawas pulak! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sobssss! *positif lagi* Doakan lah teacher ni dapat buat keje bagus2 ye. Amin~



Oh, thank you to all bloggers yang singgah..thank you so much :) nanti ada masa, i'll update ye. Take care everyone. 

:p

sweetpie Khaleesya



Assalamualaikum.

Haritu..masa ayah & ibu pegi Bandung, Maksu jaga adek dengan abang Akim. 
Rindu la kat si tembam sorang ni. 
^__^

budak comel :)

rambut pendek! lagi tombam! hehe

video

Dak kecik ni suka nyanyi..suka potpet..suka makan!

Topeng Muka?

Assalamualaikum!

Tengok, dah tukar lagi belog ni jadi kebiruan pulak. Sebenornye tak disengajekan..Gatal jari jemari ni dok edit lepas tu terlupa nak save yang lama...huhu~ maleh dah nak edit, guna jela yang ni. Terang skit mata. ^_^ 



Harini mood rajin nak update. Semalam, excited browse pasal topeng muka..Huuuu facial mask le. Dah lame tak memanjekan muka nih..huhu tonyoh scrub tu ada la jugak..Banyak rupenye ingredients to make our own facial mask. Slalunye orang gunekan telur putih, madu, yogurt tapi banyak lagi yang boleh digunakan. Cewah, ni da jadi belog kecantikan ke hape ni. LOL




Homemade Facial Masks

1. Putih Telur & Yogurt

Ambil putih telur dan gaulkan dengan 2 sudu yogurt (tanpa perisa). Boleh sapu di muka anda...dah selepas beberapa minit, bolehla cuci muka dengan air suam. These ingredients are suitable for all skin types :)


2. Yogurt & Madu

1 sudu besar yogurt & 1 sudu besar madu. Gaulkan dan sapu di muka..biarkan selama 15 minit dan lepas tu cuci muka dengan air suam. Untuk kulit yang kering, boleh tambah extra madu, untuk kulit berminyak..tambahkan sikit lime juice. :)



3. Epal & Madu

1 biji epal saiz sederhana (dipotong kecil2/halus) & 5 sudu besar madu. Gaulkan dan sapu di muka selama 15 minit. Then, boleh la cuci muka dengan air suam. It's suitable for acne prone oily skin. :)



4. Avocado

I love avocado juice..plus tmbah pulak ngan choc syrup..nyummm! hehehe.. avocado pun boleh buat mask jugak..but it's quite expensive..1 biji je dah RM3 kot..depends..kalo dapat murah lagi bagus..huhu tapi worth it la untuk buat facial mask. Ambil separuh avocado dan lenyekkan dia..huhu. Sapukan di muka dan biarkan selama 15 minit. Pastu boleh la cuci muka..dengan air sejuk pon bolehhh. huhuhu To soften your skin, definitely :)



5. Pisang & Madu & Yogurt

Okay..1 biji pisang dan lenyekkan..tambah 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar yogurt. Gaulkan dan sapu di muka..Biarkan sehingga ia betul2 menyerap di muka anda..cewahh..huhu dah rase kering tu boleh cuci muka dengan air sejuk..


6. Timun & Yogurt

1/2 timun dan 1 sudu besar yogurt. Kisarkan bahan2 tu dan sapu di muka. Biarkan 10-15 mins dan cuci muka dengan air sejuk.


Hmmm..boleh try malam ni..hehehe okay, cukup untuk 6 bahan. Next time, i'll update with other ingredients. Tapi kena ingat, tak semua skin sesuai untuk bahan-bahan tu..kalau rajin, bleh google dulu bahan mana yang sesuai. Okay? Happy trying!  Berseri-seri la muke nanti tu.. ^__^

it's different

Assalamualaikum.

Dah makin dewasa, makin jadi serius. ye ke? maybe..ada certain things yang dulu rasenye taknak fikir pun..or tak amik tau pun..sebab rase tak penting..Dah umur 26 ni, semua hal jadi komitmen...yang betul-betul commit. Dah rase kenal diri sendiri...dah boleh expect bila jadi sesuatu, macamana diri sendiri akan react. Alhamdulillah..it's a good thing for myself. From all the experiences I have gone through..Dulu tak macam ni kot..

Dulu lain..

Selalu emosi, panas baran..
Selalu nak salahkan diri sendiri...
Selalu nak complicated..macam-macam benda fikir..tapi takde solution
I used to be a negative thinker.
Selalu risaukan orang lain..tapi taknak concern about myself first.
Terlalu nak jaga hati orang lain.


Hmmmm. Sadis sungguh...but I know,  it's a process of learning & understanding the real me.Alhamdulillah, I can say I've changed a lot. Ada lagi yang perlu diubah..and I know, I'll do it one step at a time. InsyaAllah.


Whenever you're feeling down
Whenever you feel like you're useless
Whenever you feel that you're still like a little baby
and you feel like you don't really have a clue about yourself


Remember
Take a deep breath
and say to yourself
That everything's going to be just fine.


Coz I know,
You'll find 'you' one day.
  InsyaAllah


Take care everyone~ :)

#Bawal Tutorial 1

Assalamualaikum!

Hello bloggers! Tolong tiup skali belog nihhhhh. Habuk stengah inci dah. Huhu~ baru la ade mase nak update ni haa. Tu pun tengah meng-edit video. Poning acik! :P

So, last Tuesday..as we planned..went to Sogo & Midvalley (as usual la kan) and bought few things for *uhuk*. Year end sale, berbaloi baloiii. Huhu~ Alhamdulillah, ada few things yang belum beli lagi. Ingatkan pegi mase weekdays takdela busy..rupenye same jeeeeee. Adoi! dah la bawak plastic bags banyak, berhimpit pulak dalam train. Sabar jela..nasib ketiak wangi. Hehehe :p





Enterprem macam biase le. Hehehe. I LOVE wearing skirt. Memang comfortable & lebih sopan gitu. Masa ni dok excited la tengok sume amik gambo..nak join skali la konon..maaf la makcik blakang tu telah membontoti kamu..Hehehehe :) 



berangan jap..terase macam over the sea. :p

Okay, seperti yang dijanjikan oleh tajuk entri kali ni. Penat tahu buat video ni.. style ni saye cuba je..kalau rase sesuai, boleh la gadis-gadis cuba jugak.





Okay, itu sahaja untuk entri kali ni. Heheheh. Take care! :)



Kalau begitulah ceritanya..

Assalamualaikum.

Monday Blues, tapi bukan untuk saye sebab cuti. hehe :)


Semalam, saya post di Facebook berkenaan bahasa nak kena penampar. Ala, takkan tak tahuuuu, ramai kot yang sangat 'talented' nak gunakan bahasa ni. Tapi yang sedihnya, memang betul-betul boleh kena penampar sebab dah merosakkan bahasa. Haishh~




Serius, bab ni memang terpaksa cakap direct, dan sumpah tak gemar tengok orang guna bahasa ni. I had mentioned about this language thingy in one of my entries. Should I explain in details bout this language? Naaahh~ I don't think so. I know some of you are the expertise in this language. I don't have any clue why (I think most teenagers) have the guts to use it in daily conversations. Perhaps, we look cute or cool using it? Or it's just a trend to communicate among friends. Personally, it's not acceptable. I don't know, I just feel it's too annoying. Plus, when teenagers use the language to describe their feelings towards their bf/ gf.. Does it show your cuteness? Err, that's ugly. 


That's about yesterday. Today, I was thinking about the reality of teenagers nowadays through my observations.
budak budak,
bercinta bagai nak rak,
dua tiga pagi boleh lagi melepak,
perasan cantik dan kacak,
tapi otak habuk pun takdak,
duit topup pun mintak kat mak.
Pathetic nye awak!

Makan peria, terasa pahitnya. :)

Tipu la tak pernah jadi seorang remaja. Kalau tak, camana la nak jadi dewasa. I do understand there are different stages of being a teenager. Masa ni macam-macam benda blajar. All I can say, there are some who love to look pretty/ handsome..who love to be the hot chicks/ guys, but please don't waste your time and you know you can't turn back time. If you feel that you're pretty, let your mind functions well too. Orang skarang ni dok berlumbe-lumbe nak jadi yang terbaik, nak kerja bagus-bagus..


Life tak payah nak 'fun' sangat. Tak faham tengok budaya skarang ni. Bila life takde entertainment, mula la boring. There are certain things that should be taken seriously. Your life and your future. Belum tentu lagi lelaki yang konon-kononnya berjanji nak bahagiakan girlfriend dia, akan tunaikan janjinye. Stand up on your own, be independent so that people won't take you for granted. At least, you have yourself and your own life. 


If you do it with the right way, you know you'll succeed. Cemburu dengan orang yang berjaya, bukannya cemburu dengan orang yang hanya berwajah cantik dan pakai baju cantik-cantik sahaja. Kalau kedua-dua ciri ni ada, lagi bagus. Cantik dan berjaya.


I did make mistakes when I was a teenager and I write based on my experiences. Now, I'm 26 and definitely I don't want to repeat the same mistakes again.


"Tomorrow, you promise yourself, will be different, yet, tomorrow is too often a REPETITION of today." - James T. Mccay


biola & gitar

Assalamualaikum.


Anak buah si Akim & Khaleesya tembam dah syok tidur dengan pelbagai style mereka. Malam tadi lagi hebat, baru Maksu nak lelap, dengar si adek nangis (mengada-ngada), kaki abang die dah menepek kat muka. Buas sungguh! belum aksi menonggeng lagi. Haih~ (ni la, jadi babysitter terhebat sekali di donia, mak ayahnye pergi honeymoon @Bandung) *jeles~

Ape ni..tajuk entri biola & gitar tapi cerita hebat pasal anak buah pulak. Dah tu, kena la intro dulu. Hahaha. Bace sampai abes ye? Hehehe. 






Comel kan? Introducing sweet couple forever, my Atok & Makwan..sayang sungguh pada adinda beliau. 

Alkisahnya, pagi tadi saye balik kampung di Seri Menanti. (Tau tak istana lama seri menanti? Area situ la..) dengan angkatan budak-budak buas tu dan Mama..planning to have tahlil di masjid. Jadi hajat Makwan nak masak dan sedekahkan lauk untuk jemaah masjid. Tengahari tadi, sempat masak sup & ayam goreng je untuk lunch. Menu untuk tahlil tu rendang ayam, sayur campur, dadih & ade la buah. So, sedara yang lain pon balik jugak, masak skali. Alhamdulillah, tahlil selesai. Makan pun memang sedap. Lupa, petang tadi siap cicah roti dengan gula durian. Fuhh, terbaek! *err padahal entri lepas baru je cakap nak diet* Failure betul. Hehehe :P

Dah selesai tahlil, dok melepak ngan cousins. Tekun si Akim main game mancing gune galaxy tab Makngah dia. Tetibe dengar pulak bunyi biola... *haa kan dah cakap..ni nak cerita la ni..kuikui* Sapa yang main biola? Takkan la saye..hoho, gitar pon basic je boleh main. hehehe. Cepat2 grab camera murahku terus record. 


Mendayu, hati sayu. Bukan senang nak rakam detik sebegini. Bak kata Pakndak, "itulah orang tua..bila dia gembira, dia sihat..takde lain dah. hilang sakit" Memang betul...kesian Atok, haritu terjatuh..lebam muka. Bila anak cucu cicit balik, bukan main seronok. Atok saya dulu guru muzik dan kebetulan ramai yang pandai main alat muzik..lagi best sebab lagu-lagu tu semua lagu asli...susah dah orang skarang ni nak layan. But for me, I do love traditional songs. Bab yang mendayu tu lagi tersentuh. ^____^ nyaman seperti angin sepoi sepoi bahase. cewah! Atuk saya jugak yang ajar lagu Jepun..sampai skarang still ingat lagi. Kalau balek kampung, atok mesti tanya. "Ayu ingat lagi tak lagu Jepun Atuk ajar dulu?Haaa...nyanyi sikit, Atuk nak dengar" Ahaks! Segan dah..hehehe tapi nyanyi jugak la..hehehe *tersengih sambil taip entri. LOL 


Hmmm..sekejap je kat kampung..dah sampai umah pun. Happy gila bila Atok main lagu joget..semua dok gelak-gelak.. ^__^ Doakan Atuk & Makwan saye sehat walafiat ye? InsyaAllah, amin...


Enjoy the video.





Ada masa, cuba dengar dan hayati lagu-lagu asli. :)


bebelan

Assalamualaikum.

Late post for tonight. Semalam overdose & exhausted. As usual, I had two classes yesterday. Kelas statistik confirm la tak faham *anova dua hala* apa benda la tu...Hasilnya selama 2jam setengah duduk melanguk depan laptop tekun buat doodle guna photoshop. Hahaha. sabar je lah. :P

dan inilah hasilnya belajar statistik. Hebat bukan? 

I know, it shouldn't be happened..tapi memang dah tak boleh concentrate. Plus, cuak gila sebab kena present proposal malamnye pulak. Masing-masing buat muka pasrah jela. Tapi, dalam kecuakkan yang melampau..dah abes class, sempat lagi melantak nasi goreng kampung.  Harusla comelkan perot dulu. Huhuh..

8pm, dah makin dup dap sebab 4 lecturers evaluated our presentations..dan kesemuanya ladies. Faham-faham jela kan. Tapi, Alhamdulillah, i received positive feedbacks from them.. and it was the happiest moment to know that my supervisor gave me an A for my presentation. *eleh, baru present, belum siap lagi 15mukasurat nak kena submit Rabu ni. LIMA BELAS siap dengan findings siap nak kena publish bagai. terasa macam grammar pun tunggang langgang. Haih. Ugutan supervisor, tak publish, takde A. Tabahkanlah hatiku.....

Today's class was a disaster. Hmmm. 2weeks of proposal presentations, memang semua kena hentam. It depends on the lecturers..ada yang ok, ada yang nampak garang tapi boleh terima idea students. Macam-macam nak kena edit. Tabahkanlah hatiku...Takpelah, biar susah dulu, senang kemudian. InsyaAllah..take it as a challenge. Terasa sem kali ni miserable sebab banyak gilo assignments.... sobbbss. 

Hati tetap berbunga-bunga, hari Rabu sempat ke Puchong with my Mom & Along. Fuhh, tergoda tengok baju cantekss. Paling banyak warne grey la. Alhamdulillah, I already chose the color & need to go back in March, next year. InsyaAllah, harap semua berjalan lancar. Namun begituuuuuuuu, kena diet la tapi! Hurmm. diet diet diet. Camane nak diet, duduk umah ni masak lauk sedap aje. Jogging pon tak. Kena jugak diet & exercise. Bagi moral support please? I want to look fit on my big day. Nanti nak duduk pon mengah-mengah. Hehehe

Nak jugak entepremmm :P


Haaa panjang membebel. Ade ke yang gigih bace sampai habes ni? bagi flying kiss seketul. hehehe..Thanks for singgah and do take care of yourselves. Doakan saye berjaya diet ye? Hehehhh. Good night!



tweet tweet

Assalamualaikum :)





newbie

Jum!  ^_^


Bahagia

Assalamualaikum.

Short post for today due to workloads. But never mind, taip laju-laju sama macam taip minit mesyuarat ni. Lagi sikit je nak siapkan. :)


Malam ni, bulan penuh dan sangat indah kan. Subhanallah. Sungguh cantik, tiada yang lebih indah daripada ciptaanNya. Asyik merenung bulan tadi, kebetulan keluar sekejap dan singgah di rumah saudara. 


Seringkali minda berfikir, kewujudan golongan manusia yang sentiasa berhasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Kadang, tak terlintas pun hati nak berperasaan dengki, biasalah hati manusia. Abstraknya sehingga sukar untuk ditafsir. Hasad dengki secara halus, di dalam hati sering terjadi. Kalau kawan terlebih bahagia, kalau orang lain murah rezeki, ada pula yang membalas dengan kutukan dan hinaan. Bukannya nak tumpang gembira atas kebahagiaan tu.


Mungkin hati-hati ini rasa cemburu, bertukar menjadi hasad dengki. Boleh jadi, rasa benci. Apalah sangat, bukankah setiap manusia ni diturunkan kebahagiaan masing-masing? Jadi, kenapa perlu nak iri hati? Bak kata seorang sahabat, harap-harap generasi yang akan datang belajar untuk kurangkan hasad dengki ni, lagi-lagi bangsa sendiri. Setuju dengan pendapat beliau..dan harap-harap generasi yang sekarang ni kenalah belajar dulu..barulah yang mendatang akan jadikannya contoh.


Kita tak tahu betapa sukarnya seseorang itu untuk memperoleh kebahagiaan. Sama seperti kita, kalau kita bahagia tiba-tiba orang dengki, hancur rasanya kan. Respect & sama-sama raikan kebahagiaannya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dapat lihat dia tersenyum...





tak susah pon :)

Assalamualaikum. 

Fuh fuh~ tiup sikit habuk kat belog ni. Nasib la tak tebal suploh inci kan..Semalam blogwalking je, sebab melanguk depan laptop usya blog tutorials. Sampai kepeningan. Huhuhh~ ada la sikit changes here and there, but still I want it to look simple. Ni pon rase macam too much colours, I think. Kalau guys tengok ni mau pening sebab kaler girly gitu. Haha~ maap lah, virus ni sukar dikikis dalam jiwaku. :p


Yesterday was the 34th anniversary for my lovely Ayah and Mama. She requested some special dishes for lunch and of course la, I had to be the 'chef'. Hihi~ bajet pro kejap. Siakap sweet sour, sup sayur, planning nak buat telor dadar (tapi kan sebijik je telor, mana cukup!hehehe) and special drink, air durian belanda -requested by Ayah. Alhamdulillah, semua kekenyangan dan chef berjaya nak tiru aksi masterchef. Peluh ketiak~ :p

Cik google


Honestly, I do love cooking. Susah tak? simple answer for that; tak susah pon. Serius, tak susah sebab macam-macam kita boleh masak kan. Yang jadi susahnye sebab ape? 


"Malasnyeeeeeee"


"Ishh..I tak rela nak rosakkan kulit muka I ni kena panas"


Bab malas tu confirm, saya pon ada gak macam tu. Bab yang ehemm...taknak kulit muka teruk ke, peluh peluh ke, Adoi come on la gadis. Tak luak kot kulit muka tu..nanti dah abis masak tonyoh jela facial scrub ape susah. Tepek bedak sejuk pon boleh. Susah bebenor gadis macam ni kan.. (-___-)


If you are a 'gadis', you should have the basic knowledge and skill in cooking..Susah la kalau dah kahwin nanti hari-hari request dekat hubby, "Jum jum kita dinner luar" Sampai tua agaknye nak dinner luar. Huhuhu. Tak syok la macam tu, sekurang kurangnya mencuba..tak susah pon..betul :) Lagi satu, mak saye pesan;


"Tak guno kalau pompuan ni pandai blajar yo, tapi tak ghoti masak"


Amikkau, tekeluar loghat noghori acik ha..hehehe Betul la tu, indeed memang it's useless kalau hanya pandai baca buku, pandai belajar, kerja kuat tapi bila masuk dapur...nak kopek bawang pon terkial-kial. Susah susah. Tengok zaman sekarang ni, lelaki pun lagi pandai masak daripada gadis. Malu la jugak kan. (eh, cik abang pandai makan je...sobss) 


So, what can you do for a fresh start. Hmm..kalau nak ikutkan, memang macam-macam jenis kita boleh masak. Let's start with a simple dish..yang senang dimasak ayam atau pon ikan.. nak buat sambal pon senang, nak goreng biasa lagi la senang..jangan segan nak tanya resipi kat mak/ kawan. Lagi senang nak rujuk nanti kan..Nowadays, orang lagi suka tengok online..tapi bahan-bahan dia sometimes tak sama..ikut citarasa masing-masing.. 

cik google
Yummyness..huhu looks simple, buat pon senang~ kalau dah boleh masak yang ni..boleh la try dish yang lain pulak..slalunye macam orang negeri sembilan ni suko amek la masak lomak cili api. Bukan senang nak jadi pakar masak gulai ni..need concentration bila nak kacau gulai tu..supaya tak 'tahi minyak'. Gulai yang cantik bila dia tak berketul-ketul kecik santan tu...bila masak memang kena sentiasa kacau dan api yang kecil. Challenging, tapi bila dah try memang puas hati. Yang ni, saya belum pro lagi..kena slalu practice. hehehe~ (tak pasal-pasal mak mertua reject..kuikui)


instead of cooking traditional dish or masakan kampung..ada jugak yang prefer western food. Sebabnye, lebih mudah. Spaghetti, pizza, doughnuts, chocolate cakes, muffins, cupcakes..uishh tu diaaa~ semua pon sedap  ^__^ Resipi banyak online, boleh tengok   MYRESIPI.COM Slalu jugak buat spaghetti yang sangat mudah..pizza pon senang saje resipinye~ seriously macam-macam jenis leh letak atas roti tu..dengan adanya bantuan microwave/ oven..sumbat je dalam tu, dah siap~ :)



chicken with oyster sauce


spaghetti goreng je :)




pizza yummeyh :)



donut cumel



 puding roti & prune



choc cake without topping :)



lovie chocs!


Heee excited pulak upload gambar ye tak.. tu antara food yang saya try buat..ada jugak lain, tapi tak sempat nak snap. Muffin pun dah lama tak buat..huhuhu kena ada mood yang happy bila nak baking cakes ni. :) Hopfully, gadis-gadis boleh cuba cooking and baking..mana tau boleh jadi hobby and dapat income..macam a friend of mine, siap orang order lagi. Boleh bagi encek boipren ke, encek husband ke..or even your friends. hehehe :P


So, apa lagi..selamat menghuru harakan dapur rumah anda~ hehehehe.
Enjoy cooking  gadis gadis.. Tak susah pon :)


p/s: esok nak try buat cupcakes~


it's new! -again??

Assalamualaikum!

Hai hai. How's everyone doing? Finally, it's Friday! *winky wink* Ada sesape ke yang bekerja esok? Hehehe..bawak bersabar lah ye. Berkat tu cari rezeki halal. Kan? 


Oh, it's been super busy week for me as I had to complete the assignment & proposal. I was quite frustrated coz I didn't managed to discuss with my supervisor last Wednesday due to her busy schedule, meetings and bla bla bla. Dah wasted RM11.40 bayar tol, sekali sampai ofis beliau..tak dapat jugak jumpe. Sigh~ Went home with a broken heart. What did I do? Sleeping for errrr.... 4hours! Hahaha. Sampai niat taknak pegi kuliah petang tu. (tolong jangan amalkan ye :p) and yes, another thing..haih~ I was so sad with my presentation just now. It wasn't only me, I guess others felt the same way too. There are changes need to be done with my proposal. Hmm..takpelah, bersusah-susah dahulu.. (ayat terbaik nak senangkan hati)


Hei panjang benar merapu nye kan. Hehehe. Sorry guys..so this is my new template and I just love changing it when I get bored with the previous template. What do you think? Tapi takdelah meletops macam belog hebakk yang lain tu.

I found this awesome blog with tutorials how to edit your template and create a blog header. Jum terjah~






No worries, tutorials memang lengkap step by step..and it's easy! 


So, happy exploring guys~ 



Wordless Wednesday : Rindu

Assalamualaikum.






























 Kenangan bersama sahabat-sahabat..tak pernah lupa. 



Kehilangan  sahabat baikku pada tanggal 6 Ogos 2010..Alfatihah buat Allahyarhamah Nali Natalia binti Zakaria. 

Rindu...



Cakap tak serupa bikin ler.

Ehem, Assalamualaikum. 

Bila lukis-lukis, serius teringat BFF si Yaya tembam. 
Dialog tu macam aku cakap ngan kau je Yaya. 






























Perjumpaan gadis gadis perasan hot pun berlaku
seperti yang dijanjikan 

kat mane lagiii..












Ouch! tengok ada sale la pulak! danngggg!










Apa jadi pada gadis yang nak window 
-ulang suara-  

WINDOW shopping tu?













dah agak dah...Yaya memang macam tu. hahaha tetibe..
sorry Yaya, gurau jeee. hihi


Tula, cakap tak serupa bikin. 
Selalu gadis gadis macam ni kan? 
Sampai terfikir taknak bawak atm card bagai. 
Sebab takot TER withdraw duit LAGI sekali! hahaha 


Maaf Yaya. Kau tetap cumel. Rindu kau.


pesanan ringkas: rajin gile buat lukis lukis ni ye tak. Cube buat assignment macam ni. Confirm dapat A+  Wallahhhh~ 



Pergi

Assalamualaikum.


Tatkala kita menghirup udara yang segar, bergelak ketawa bersama-sama orang tersayang, ada pula terpaksa mengharungi kisah duka mereka yang kita sendiri kadang kala tidak terdaya menerimanya. Saya dikejutkan dengan berita kematian seorang pensyarah saya semasa di universiti dulu melalui Facebook. Thank you to my senior atas makluman tersebut. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air..selepas menunaikan ibadat haji. Innalillah dan Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Mohd Rosli bin Abdul Rahman. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.


Sejurus mendapat berita tersebut, hati memang rasa duka dan sayu. Memang terkenang saat bersama Allahyarham..seorang pendidik yang ceria 'happy go lucky' dan sentiasa merasakan kami ini sebagai anak-anaknya. Paling saya ingat, waktu kuliah malam..saya dan sahabat lain selalu bawa bekalan 'burger' dan 'fries' dan selalu mengunyah semasa kuliah beliau. Namun, Allahyarham tetap mengajar seperti biasa, tidak pernah marah..dan masih boleh berjenaka. Saya selalu pakai selipar ke kuliah malam..memang selalu kena tegur dengan Allahyarham. "Awak ni dah xde slipar lain ke..mcm selipar jamban je" huhuhu. lebih kurang macam tula ayatnya.. kenangan...


Thank you cikgu, kami suka panggil cikgu..walaupun Allahyarham seorang pensyarah. Saya ingat lagi, kali terakhir jumpa cikgu....masa konvo..kebetulan cikgu lalu dan ajak saya minum..lama jugak kita berbual.


Thank you cikgu, saya ingat lagi masa kelab kembara pusing satu uni sebab nak mintak sumbangan panjat gunung Kinabalu...kami pergi ke Fakulti Pendidikan dan cikgu bagi sumbangan pada kami. Memang tak sangka..berjaya jugak kami panjat gunung..hasil sumbagan cikgu dan pensyarah-pensyarah lain.


Secebis kenangan bersama Allahyarham...


Al-fatihah..


Penangan Burung Hantu

Pukul 4.30 pagi baru tidur tahu?!
Assignment pun tak siap-siap lagi. 




















Buat Cik adik sayang follower saya yang ke 200




hihi~ tak reti nak buat doodle comel.


p/s: Selamat hari Ahad ^_^



BERTANGGUH!

Cerita hari ini.

Semangat membara nak buat assignment. 
Fuh, sampai ke langit tahuuuu?! -serius, tak tipu.























Haa kan! bertangguh punya pasal.. kerja pun tak siap. 

Nescafe pun dah sejuk. 

Sudah sudah. Jum buat kerja!




p/s: tolonglah jangan bertangguh lagi. tutup fesbuk, tutup belog. Arghhhh! mampukah??????? -konflik dalaman.

Handbags vs. Men?

Assalamualaikum.

H-A-N-D-B-A-G-S


Of course, women LOVE handbags! -takkan men kot, huhu

and women tend to be CRAZEYYY when it comes to super awesome handbags. Dah ada dua tiga ketul kat dalam almari pun buleh tambah lagi aset sampai sepuluh pun takpe kan. Dan itulah kuasa handbag. Yeah.




I myself memang gila handbags. Mungkin ini ialah penyakit keturunan yang saya dapat daripada bonda saya.(-__-) Tak kisah lah harga dia duapuluh ringgit seketul pun saya akan rembat. Lagi-lagi kalau ada sales kat PARKSON, JUSCO, SOGO dan seangkatan dengannya. *mentang-mentang dah Year End Sales. (angkat kening) Cepat la dapat bonus* ;p 

Kalau perempuan jumpa handbags memang akan pening kepala, tibe-tibe boleh dapat migrain sebab tak tau nak pilih yang mane berkenan sangat kan. hahahah~ Trend skarang handbag dah macam dulu-dulu kan, nak yang polka dot, yang macam-macam la. Pening kot lelaki kalau nak faham. hehe~ Kot nak faham, kenapa wanita perlukan handbag ni?

- dah tentulah handbags are made for women, stylo la sket. *bajet 

- nak letak segala benda dalam tu lagi-lagi handbag besar gedabak. Semua benda boleh sumbat. Make up, facial tissues, perfume, pen merah *cikgu* hehe, resit-resit bersepah, duit syiling, ermm facial foam, ermm banyak lagi ni. Huhuhu~

cik ayuna bergaya :p

Tapi, realitinya lain pulak..

Dah tau handbags ni dicipta untuk perempuan. Yelah, bagi peluang untuk gadis-gadis melawa skit. Pernah tak korang nampak couples jenjalan kat shopping mall and then boipren si awek tu dok la ngendong handbag. Atau anda pernah mengalaminya sendiri? huhu~ 
 .
 .
.
.

So nak dijadikan cerita, masa tengah drive macam biase la tengah dengar radio..Dok berangan sorang-sorang, then the crews *can't remember its hitzfm/ flyfm..huhu* talked bout handbags and the issue:

"Should men carry women's handbag?"

interesting topic, isn't it? For me lah kan..sebab tak terfikir pun hal ni. Mase tu memang ramai callers yang bagi opinions. Ade jugak yang agree and disagree.

Sebab-sebab kenape diorang agree:
.
1. For women's safety -konon boipren ni jadi guard kita la. ceh~
2. Shows that men are 'gentleman'. -reaalllly? do you think so?
3. Easier for women to walk/ or go shopping instead of bringing the handbag. [?]



Sebab-sebab kenapa diorang disagree:
.
1. Handbags are made for women!
2. Tak macho kot lelaki bawak handbag ni..aiseh (-__-)
3. It looks weird. Come on lah, takkan lelaki pakai handbags? 

So, if we look back at the reasons they agreed and it's for women's safety. I don't think it's fair enough for the guys. Kalau betul for women's safety, how bout the men's safety. Mungkin lelaki ada ciri-ciri yang boleh mengelakkan daripada bahaya? Mungkin? Ye ke? Hurmmm...


I asked few friends via FB and a friend of mine said, of course la handbags are made for women and banyak lagi cara nak tunjukkan ke'gentleman' an seorang lelaki. Sape setuju? It depends on certain situations, let say the girlfriend is holding too many things/ shopping bags..perhaps the boyfriend can carry her handbag. :)


I don't know how men react when their girlfriends ask them to carry their handbags. Mungkin certain guys memang tak kisah. Takpelah, demi awek, ku sanggup berkorban..hebakk~ huhu. Ada jugak yang tak berapa gemar sebab bagi lelaki, itu barang gadis-gadis. Kalau ringan takpe la dek non. Cube tengok sket berape kilo berat beg tu. hoho~ kesian. :p -alasan munasabah girlfriend taknak bawak handbag sendiri. 


So, whatever it is, kena jugak pandang dua belah mata hal ni though it seems not too serious. Tengok muka boyfriend rilek je cover macho..tapi dalam hati, "Oh tidak, tuhan jela yang tahu". hihi~ Memang wujud lelaki yang betul-betul tak kisah. "Lek la. Gua sayang awek gua" erk. hehehe..Lain orang, lain pendapat. Korang rase macamane?  ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...