tak susah pon :)

Assalamualaikum. 

Fuh fuh~ tiup sikit habuk kat belog ni. Nasib la tak tebal suploh inci kan..Semalam blogwalking je, sebab melanguk depan laptop usya blog tutorials. Sampai kepeningan. Huhuhh~ ada la sikit changes here and there, but still I want it to look simple. Ni pon rase macam too much colours, I think. Kalau guys tengok ni mau pening sebab kaler girly gitu. Haha~ maap lah, virus ni sukar dikikis dalam jiwaku. :p


Yesterday was the 34th anniversary for my lovely Ayah and Mama. She requested some special dishes for lunch and of course la, I had to be the 'chef'. Hihi~ bajet pro kejap. Siakap sweet sour, sup sayur, planning nak buat telor dadar (tapi kan sebijik je telor, mana cukup!hehehe) and special drink, air durian belanda -requested by Ayah. Alhamdulillah, semua kekenyangan dan chef berjaya nak tiru aksi masterchef. Peluh ketiak~ :p

Cik google


Honestly, I do love cooking. Susah tak? simple answer for that; tak susah pon. Serius, tak susah sebab macam-macam kita boleh masak kan. Yang jadi susahnye sebab ape? 


"Malasnyeeeeeee"


"Ishh..I tak rela nak rosakkan kulit muka I ni kena panas"


Bab malas tu confirm, saya pon ada gak macam tu. Bab yang ehemm...taknak kulit muka teruk ke, peluh peluh ke, Adoi come on la gadis. Tak luak kot kulit muka tu..nanti dah abis masak tonyoh jela facial scrub ape susah. Tepek bedak sejuk pon boleh. Susah bebenor gadis macam ni kan.. (-___-)


If you are a 'gadis', you should have the basic knowledge and skill in cooking..Susah la kalau dah kahwin nanti hari-hari request dekat hubby, "Jum jum kita dinner luar" Sampai tua agaknye nak dinner luar. Huhuhu. Tak syok la macam tu, sekurang kurangnya mencuba..tak susah pon..betul :) Lagi satu, mak saye pesan;


"Tak guno kalau pompuan ni pandai blajar yo, tapi tak ghoti masak"


Amikkau, tekeluar loghat noghori acik ha..hehehe Betul la tu, indeed memang it's useless kalau hanya pandai baca buku, pandai belajar, kerja kuat tapi bila masuk dapur...nak kopek bawang pon terkial-kial. Susah susah. Tengok zaman sekarang ni, lelaki pun lagi pandai masak daripada gadis. Malu la jugak kan. (eh, cik abang pandai makan je...sobss) 


So, what can you do for a fresh start. Hmm..kalau nak ikutkan, memang macam-macam jenis kita boleh masak. Let's start with a simple dish..yang senang dimasak ayam atau pon ikan.. nak buat sambal pon senang, nak goreng biasa lagi la senang..jangan segan nak tanya resipi kat mak/ kawan. Lagi senang nak rujuk nanti kan..Nowadays, orang lagi suka tengok online..tapi bahan-bahan dia sometimes tak sama..ikut citarasa masing-masing.. 

cik google
Yummyness..huhu looks simple, buat pon senang~ kalau dah boleh masak yang ni..boleh la try dish yang lain pulak..slalunye macam orang negeri sembilan ni suko amek la masak lomak cili api. Bukan senang nak jadi pakar masak gulai ni..need concentration bila nak kacau gulai tu..supaya tak 'tahi minyak'. Gulai yang cantik bila dia tak berketul-ketul kecik santan tu...bila masak memang kena sentiasa kacau dan api yang kecil. Challenging, tapi bila dah try memang puas hati. Yang ni, saya belum pro lagi..kena slalu practice. hehehe~ (tak pasal-pasal mak mertua reject..kuikui)


instead of cooking traditional dish or masakan kampung..ada jugak yang prefer western food. Sebabnye, lebih mudah. Spaghetti, pizza, doughnuts, chocolate cakes, muffins, cupcakes..uishh tu diaaa~ semua pon sedap  ^__^ Resipi banyak online, boleh tengok   MYRESIPI.COM Slalu jugak buat spaghetti yang sangat mudah..pizza pon senang saje resipinye~ seriously macam-macam jenis leh letak atas roti tu..dengan adanya bantuan microwave/ oven..sumbat je dalam tu, dah siap~ :)



chicken with oyster sauce


spaghetti goreng je :)




pizza yummeyh :)



donut cumel



 puding roti & prune



choc cake without topping :)



lovie chocs!


Heee excited pulak upload gambar ye tak.. tu antara food yang saya try buat..ada jugak lain, tapi tak sempat nak snap. Muffin pun dah lama tak buat..huhuhu kena ada mood yang happy bila nak baking cakes ni. :) Hopfully, gadis-gadis boleh cuba cooking and baking..mana tau boleh jadi hobby and dapat income..macam a friend of mine, siap orang order lagi. Boleh bagi encek boipren ke, encek husband ke..or even your friends. hehehe :P


So, apa lagi..selamat menghuru harakan dapur rumah anda~ hehehehe.
Enjoy cooking  gadis gadis.. Tak susah pon :)


p/s: esok nak try buat cupcakes~


2 comments:

♥ MRS ZACKS ♥ said...

untunglaa pndi masak. hikhik sy xpndai pun T__T

Ayu Na said...

♥ MRS ZACKS ♥

dah kena pot pet ngan mak tetiap hari..hehe xpe, try je..lama2 nanti boleh tu..hehe cooking is fun~ ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...