Assalamualaikum.
Short post for today due to workloads. But never mind, taip laju-laju sama macam taip minit mesyuarat ni. Lagi sikit je nak siapkan. :)
Malam ni, bulan penuh dan sangat indah kan. Subhanallah. Sungguh cantik, tiada yang lebih indah daripada ciptaanNya. Asyik merenung bulan tadi, kebetulan keluar sekejap dan singgah di rumah saudara.
Seringkali minda berfikir, kewujudan golongan manusia yang sentiasa berhasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Kadang, tak terlintas pun hati nak berperasaan dengki, biasalah hati manusia. Abstraknya sehingga sukar untuk ditafsir. Hasad dengki secara halus, di dalam hati sering terjadi. Kalau kawan terlebih bahagia, kalau orang lain murah rezeki, ada pula yang membalas dengan kutukan dan hinaan. Bukannya nak tumpang gembira atas kebahagiaan tu.
Mungkin hati-hati ini rasa cemburu, bertukar menjadi hasad dengki. Boleh jadi, rasa benci. Apalah sangat, bukankah setiap manusia ni diturunkan kebahagiaan masing-masing? Jadi, kenapa perlu nak iri hati? Bak kata seorang sahabat, harap-harap generasi yang akan datang belajar untuk kurangkan hasad dengki ni, lagi-lagi bangsa sendiri. Setuju dengan pendapat beliau..dan harap-harap generasi yang sekarang ni kenalah belajar dulu..barulah yang mendatang akan jadikannya contoh.
Kita tak tahu betapa sukarnya seseorang itu untuk memperoleh kebahagiaan. Sama seperti kita, kalau kita bahagia tiba-tiba orang dengki, hancur rasanya kan. Respect & sama-sama raikan kebahagiaannya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dapat lihat dia tersenyum...
2 comments:
kebahagiaan dalam perpisahan - shahir af.
*ttbe. HAHA! :D
Nurul Iman Rosman
huhu...sedih pulak lagu tuu... :p
Post a Comment