Assalamualaikum.
Tatkala kita menghirup udara yang segar, bergelak ketawa bersama-sama orang tersayang, ada pula terpaksa mengharungi kisah duka mereka yang kita sendiri kadang kala tidak terdaya menerimanya. Saya dikejutkan dengan berita kematian seorang pensyarah saya semasa di universiti dulu melalui Facebook. Thank you to my senior atas makluman tersebut. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air..selepas menunaikan ibadat haji. Innalillah dan Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Mohd Rosli bin Abdul Rahman. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.
Sejurus mendapat berita tersebut, hati memang rasa duka dan sayu. Memang terkenang saat bersama Allahyarham..seorang pendidik yang ceria 'happy go lucky' dan sentiasa merasakan kami ini sebagai anak-anaknya. Paling saya ingat, waktu kuliah malam..saya dan sahabat lain selalu bawa bekalan 'burger' dan 'fries' dan selalu mengunyah semasa kuliah beliau. Namun, Allahyarham tetap mengajar seperti biasa, tidak pernah marah..dan masih boleh berjenaka. Saya selalu pakai selipar ke kuliah malam..memang selalu kena tegur dengan Allahyarham. "Awak ni dah xde slipar lain ke..mcm selipar jamban je" huhuhu. lebih kurang macam tula ayatnya.. kenangan...
Thank you cikgu, kami suka panggil cikgu..walaupun Allahyarham seorang pensyarah. Saya ingat lagi, kali terakhir jumpa cikgu....masa konvo..kebetulan cikgu lalu dan ajak saya minum..lama jugak kita berbual.
Thank you cikgu, saya ingat lagi masa kelab kembara pusing satu uni sebab nak mintak sumbangan panjat gunung Kinabalu...kami pergi ke Fakulti Pendidikan dan cikgu bagi sumbangan pada kami. Memang tak sangka..berjaya jugak kami panjat gunung..hasil sumbagan cikgu dan pensyarah-pensyarah lain.
Secebis kenangan bersama Allahyarham...
Al-fatihah..
1 comment:
Al-Fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Post a Comment