biola & gitar

Assalamualaikum.


Anak buah si Akim & Khaleesya tembam dah syok tidur dengan pelbagai style mereka. Malam tadi lagi hebat, baru Maksu nak lelap, dengar si adek nangis (mengada-ngada), kaki abang die dah menepek kat muka. Buas sungguh! belum aksi menonggeng lagi. Haih~ (ni la, jadi babysitter terhebat sekali di donia, mak ayahnye pergi honeymoon @Bandung) *jeles~

Ape ni..tajuk entri biola & gitar tapi cerita hebat pasal anak buah pulak. Dah tu, kena la intro dulu. Hahaha. Bace sampai abes ye? Hehehe. 






Comel kan? Introducing sweet couple forever, my Atok & Makwan..sayang sungguh pada adinda beliau. 

Alkisahnya, pagi tadi saye balik kampung di Seri Menanti. (Tau tak istana lama seri menanti? Area situ la..) dengan angkatan budak-budak buas tu dan Mama..planning to have tahlil di masjid. Jadi hajat Makwan nak masak dan sedekahkan lauk untuk jemaah masjid. Tengahari tadi, sempat masak sup & ayam goreng je untuk lunch. Menu untuk tahlil tu rendang ayam, sayur campur, dadih & ade la buah. So, sedara yang lain pon balik jugak, masak skali. Alhamdulillah, tahlil selesai. Makan pun memang sedap. Lupa, petang tadi siap cicah roti dengan gula durian. Fuhh, terbaek! *err padahal entri lepas baru je cakap nak diet* Failure betul. Hehehe :P

Dah selesai tahlil, dok melepak ngan cousins. Tekun si Akim main game mancing gune galaxy tab Makngah dia. Tetibe dengar pulak bunyi biola... *haa kan dah cakap..ni nak cerita la ni..kuikui* Sapa yang main biola? Takkan la saye..hoho, gitar pon basic je boleh main. hehehe. Cepat2 grab camera murahku terus record. 


Mendayu, hati sayu. Bukan senang nak rakam detik sebegini. Bak kata Pakndak, "itulah orang tua..bila dia gembira, dia sihat..takde lain dah. hilang sakit" Memang betul...kesian Atok, haritu terjatuh..lebam muka. Bila anak cucu cicit balik, bukan main seronok. Atok saya dulu guru muzik dan kebetulan ramai yang pandai main alat muzik..lagi best sebab lagu-lagu tu semua lagu asli...susah dah orang skarang ni nak layan. But for me, I do love traditional songs. Bab yang mendayu tu lagi tersentuh. ^____^ nyaman seperti angin sepoi sepoi bahase. cewah! Atuk saya jugak yang ajar lagu Jepun..sampai skarang still ingat lagi. Kalau balek kampung, atok mesti tanya. "Ayu ingat lagi tak lagu Jepun Atuk ajar dulu?Haaa...nyanyi sikit, Atuk nak dengar" Ahaks! Segan dah..hehehe tapi nyanyi jugak la..hehehe *tersengih sambil taip entri. LOL 


Hmmm..sekejap je kat kampung..dah sampai umah pun. Happy gila bila Atok main lagu joget..semua dok gelak-gelak.. ^__^ Doakan Atuk & Makwan saye sehat walafiat ye? InsyaAllah, amin...


Enjoy the video.





Ada masa, cuba dengar dan hayati lagu-lagu asli. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...