Pelindung Wanita

Assalamualaikum.

Malam tadi, ada masa nak blog walking and then..saye terbaca satu blog ni..discuss about 'wanita yang cantik'. Segala info yang diberi memang bagi manfaat. I guess, bukan sorang je..tapi ramai bloggers slalu buat entri tentang wanita..dan sering dikaitkan dengan aurat. Bagus untuk sama-sama muhasabah. InsyaAllah..

Tapi bila saya berfikir..kenapa wanita selalu dipertikaikan antara yang baik atau buruk. Contohnya, lelaki menginginkan wanita yang menutup aurat..wanita yang membuka aurat itu dianggap tidak lagi cantik..keperibadian wanita dipandang dan dinilai berdasarkan berapa banyak aurat yang ditutup. 

Jelas..wanita juga seperti lelaki..walaupun auratnya berbeza. Sama juga seperti saya yang cetek ilmu ini, hanya berikan pandangan sahaja..Kerana saya fikirkan...kenapa wanita sering dijadikan topik untuk mencari kesempurnaan. Mungkin, ada yang terlupa...lelaki juga tak terkecuali dalam hal ni.

Lelaki pelindung wanita..lelaki juga diberi hak untuk memilih wanita yang baik sebagai isterinya..sama juga seperti wanita.. Kebanyakan lelaki belum sedar bahawa perkahwinan itu, bukan hanya perasaan sayang atau cinta..tetapi tanggungjawab dan juga komitmen. Komitmen terhadap keluarga, isteri dan anak-anak

Sedarkah lelaki akan tanggungjawab mereka?

Adakah lelaki bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu?

Lelaki bertindak sebagai seorang pemimpin. Dan kalau lelaki takut untuk ke depan, sentiasa menunggu wanita untuk membuat keputusan..macamana nak jadi pemimpin? Dan tak hairan, kalau wanita menjadi queen control sebab lelaki lebih suka menunggu daripada berfikir jalan penyelesaiannya.

Lelaki juga perlu bersedia untuk mendidik wanita...sebagai contoh...kalaulah ditakdirkan...jodoh lelaki ini dengan wanita yang tidak menutup auratnya..maka adakah lelaki tersebut bersedia untuk mendidik wanita itu..menjadi lebih baik. Bukan hanya pandai memberi komen tentang wanita, tetapi berani untuk mendidik wanita supaya menjadi peneman yang penyayang, setia dan taat.

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok." (R. Muslim)


Dan artikel ini saya rujuk daripada website  http://albakriah.wordpress.com

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala  dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya  terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat  kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya  ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun  begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. sumber

Tujuan entri ini untuk sama-sama bermuhasabah...lelaki dan wanita mempunyai peranan yang tersendiri...Dan kalau lelaki mahukan wanita yang baik, begitu juga wanita yang menginginkan lelaki sebagai pelindungnya. :)

Thank you for viewing~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...