lama yang baharu

Assalamualaikum.

2012. 

Alhamdulillah, syukur dipanjangkan umur dan dapat merasa manis pahit segala hal dalam hidup. Penghujung yang beremosi sehingga terlalu sukar untuk bernafas. Sememangnya, dugaan itu sentiasa hadir untuk menguji kesabaran. Dugaan itu barangkali membuatkan kita tidak alpa tentang kelemahan diri. Bermuhasabah, berfikir untuk sesuatu perubahan yang positif. Tidak kira apa azam sekalipun yang kita mahu laksanakan, bermula dengan niat dan hati yang ikhlas.


Terima kasih ya Allah, atas tahun 2011 yang Kau kurniakan. Segala kegembiraan dan kesedihan. Segala rasa yang berbeda setiap satunya. Segala pertemuan dan perpisahan. Segala kebahagiaan dan tangisan. Sempurna dan istimewa dari-Mu ya Allah.


Pasang surut kehidupan. Bak kata seorang teman, 


"Hidup ini umpama hutan. Dari jauh kita nampak menghijau, cantik dan dihiasi kabus. Tapi, bila kita berada didalamnya....macam-macam yang kita jumpa. Ada gembira, ada sedih, ada cabaran dalam setiap langkah untuk mendaki ke puncaknya." 


Setiap hal yang terjadi punyai alasannya yang tersendiri. Kadang, boleh ditepis tapi emosi menguasai akal lalu menjadi huru-hara. Dari situlah menguji kematangan kita..Setiap hal yang terjadi membuatkan kita berfikir, apakah silapku..apakah maksudmu Tuhan? Dari situlah kita belajar untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah.


Azam yang lalu diolah seperti yang baharu. Takpelah, yang penting ada tujuan dan cita-cita dalam hidup. Tak perlu nak hebat, ikut kemampuan kita. kalau nak jadi hebat dah tentu usaha 200% hebat. Begitula ceritanya. Tak salah kalau bermula dengan langkah yang kecil..lama-lama keberanian itu timbul, kita boleh melangkah lebih jauh. Dah tentu usaha pun mesti berterusan, bukannya berhenti di tengah jalan. 


Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan ketenangan dalam menempuh cabaran yang mendatang. InsyaAllah.



2 comments:

Unknown said...

salamat tahun baru cik ayuna
harap tahun 2012 membawa tuah kepada kamu:)

Ayu Na said...

tq! :) insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...