amour

Assalamualaikum. :)




Hi bloggers! semua sehat takk? ^_^ wuuu lamanya tak update belog ni. Mood lari & sibuk dengan kerja. Camana la bloggers selalu ada masa nak update ye? huhu *wondering* Oh..today's the last day of January. Wooo~ sangat cepat masa berlalu. Sekejap je dah masuk bulan Feb~ Alhamdulillah, takat ni kerja okay..kalo tak ok pun..terpaksa make it ok jugak kan? :P

Cuti haritu sempat berjimba-jimba kat Midvalley..i dunno why I love that shopping mall so much. though it's crowded with people..but you can get everything there..kan? Memang jadi 'melantak for both of us..makan makan makan..the new pizza menu is super delicious! serius memang sedap dan rugi kalau tak cuba. *promo jap..hehehh :p less cheese la kot tu sebab rasa tak muak sangat plus the seafood. Dah order pizza, siap lagi dengan chicken wing and pasta. Erkk..mano la tak tombam~ *dalam proses denial..oh tidakkk~ huhu nanti korang jangan lupe try ye~ hihi~






FOS, RM20 each :)








*saya memang suka bergambar. :p

Mase nak balik, dah sampai lepas bangi tetibe train ROSAK pulak! Arghh..tekanan betul..dengan takleh on aircond nye..nasib la ramai dalam train tu. Sobssss~ T__T terpaksa naik train lain..lame jugak la ketiakku berpeluh. hahaha~ aircond rosak dah tu camano. poloh2 la acik. Huhuhu~ syukur Alhamdulillah sampai umah gak. Sadis betul... huhuhu tapi dah sampai umah takdela sadis sangat..tersengih sorang-sorang..hihihi~




sebab ada orang hadiahkan ni. Thank you love~ 

^_^




Kbai! hehehehe Thanks for viewing muahsss <3 <3


in love :)

Assalamualaikum. 

haluuuu~ mood happy malam ni nak update belog. :) Cuti 1week tak kemane pun..duduk rumah, melanguk depan tv, online, masak, kemas umah *memang sadis betul. Sobss... last Tuesday I was in Puchong, my Along's house. Pagi tu sempat buat pizza..dah lame kot tak menguli tepung. Hehehe..main blasah je buat roti pizza tu..terlupa resipi, tengok online je. Siap~ :)

pizzalicious :P
Kalau nak lagi sedap, guna tepung khas buat roti..yang ni gune tepung gandum je..hehe one good thing bout making pizza is you can have any topping you like..boleh gorengkan dulu..mcm sambal..then taburkan atas roti..yang penting mesti ada cheese. yummeyhh~ :)

Tetibe je citer pizza ye..huhu~ pagi tadi singgah ke sekolahku yang terchenta..settlekan kerja & tidy up my desk. Punya la melambak barang..banyak kali kot organise barang-barang..huhu (T_T) rase tak cukup 1 meja..nak kne beli container kecik pulak..simpan worksheets yang melambak ituh.. 

kalerfulllnye :P

Love decorating my desk..tapi wajib meja tu akan dipenuhi dengan buku tulis..kertas-kertas..fail-fail dan semuanyalah. belum tengok lagi yang dalam box kt bawah tu. Worksheets yang bebudak ni dah buat..sayang pulak nak buang. Kalo dah banyak keje tak sempat nak kemas meja..huhu pot pet pulak teacher ni. Ampun~ :P haha..takde kaitan ngan title entri pun..hehehe

 Okeh..nak citer skit pasal kegilaan dahku~ 




 *ehsan encik google. 


yuppp...i'm sooo in love with  

maxi skirts

winkss! tengok pics je dah rase terujaaaa nak grab and pakai..huhu~ now dah banyak yang jual online kan..? They look sooo adorable and nice to wear. Seriously, sekarang lagi minat nak pakai long skirt instead of wearing jeans/pants. Ingat lagi masa memula pakai rase shy shy cat jugak la..sebab tak biasa..but then, bila dah slalu pakai, I feel more comfortable..even Mama prefers me to wear long skirts..lebih sopan kate beliau. Huhuhu~ there're many interesting ways to style your maxi skirts..if you're interested to give a shot. Mana tau, kot jadi kegilaan korang pulak ke..hehe~

Style 1:


Style 2:

Sweeet! ^__^ Ehsan allaboutstyle.blog.com. Google-ing pix of maxi skirts tadi. hehe~ Slalunye gadis-gadis wear maxi skirts with cardigan/ tshirt..and belt..untuk nampak lebih stylish. :) I love wearing it with belt..Kalo tak nampak kosong je pulak..hehe~ but it depends on our own creativity..some people like to make it simple..but the most important thing is..you feel comfortable. :) sweeeet kan? nanti boleh try~ hehe ^__^

Nak promote online shops *bukan saya punya okehh..hehehe :)



RNRcollection - memang gojessss sangat skirt diaa :D



Click link atas dan jenguk2 online shops tu ye..hehehe~ kalau korang ada nak promote online shops yang lain pun boleh jugak.. especially selling maxi skirts..buat masa ni memang teringin nak beli..serius cantik. :)

Malam ni nak mimpi beli maxi skirts sepuluh. hahaha~ k lah, good night! thanks for viewing. ^__^



Pelindung Wanita

Assalamualaikum.

Malam tadi, ada masa nak blog walking and then..saye terbaca satu blog ni..discuss about 'wanita yang cantik'. Segala info yang diberi memang bagi manfaat. I guess, bukan sorang je..tapi ramai bloggers slalu buat entri tentang wanita..dan sering dikaitkan dengan aurat. Bagus untuk sama-sama muhasabah. InsyaAllah..

Tapi bila saya berfikir..kenapa wanita selalu dipertikaikan antara yang baik atau buruk. Contohnya, lelaki menginginkan wanita yang menutup aurat..wanita yang membuka aurat itu dianggap tidak lagi cantik..keperibadian wanita dipandang dan dinilai berdasarkan berapa banyak aurat yang ditutup. 

Jelas..wanita juga seperti lelaki..walaupun auratnya berbeza. Sama juga seperti saya yang cetek ilmu ini, hanya berikan pandangan sahaja..Kerana saya fikirkan...kenapa wanita sering dijadikan topik untuk mencari kesempurnaan. Mungkin, ada yang terlupa...lelaki juga tak terkecuali dalam hal ni.

Lelaki pelindung wanita..lelaki juga diberi hak untuk memilih wanita yang baik sebagai isterinya..sama juga seperti wanita.. Kebanyakan lelaki belum sedar bahawa perkahwinan itu, bukan hanya perasaan sayang atau cinta..tetapi tanggungjawab dan juga komitmen. Komitmen terhadap keluarga, isteri dan anak-anak

Sedarkah lelaki akan tanggungjawab mereka?

Adakah lelaki bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu?

Lelaki bertindak sebagai seorang pemimpin. Dan kalau lelaki takut untuk ke depan, sentiasa menunggu wanita untuk membuat keputusan..macamana nak jadi pemimpin? Dan tak hairan, kalau wanita menjadi queen control sebab lelaki lebih suka menunggu daripada berfikir jalan penyelesaiannya.

Lelaki juga perlu bersedia untuk mendidik wanita...sebagai contoh...kalaulah ditakdirkan...jodoh lelaki ini dengan wanita yang tidak menutup auratnya..maka adakah lelaki tersebut bersedia untuk mendidik wanita itu..menjadi lebih baik. Bukan hanya pandai memberi komen tentang wanita, tetapi berani untuk mendidik wanita supaya menjadi peneman yang penyayang, setia dan taat.

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok." (R. Muslim)


Dan artikel ini saya rujuk daripada website  http://albakriah.wordpress.com

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala  dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya  terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat  kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya  ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun  begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. sumber

Tujuan entri ini untuk sama-sama bermuhasabah...lelaki dan wanita mempunyai peranan yang tersendiri...Dan kalau lelaki mahukan wanita yang baik, begitu juga wanita yang menginginkan lelaki sebagai pelindungnya. :)

Thank you for viewing~



Sundae jogging

Assalamualaikum.

Cakk! :) I did some changes with the blog song & the cbox thingy. At first, I decided to delete it, but then I think it helps me alot to actually revisit bloggers who visit mine.. Thanks dropping by. wink wink ^__^

I really wish to have a picnic or at least ber-window shopping today..tapi as a typical Malay lady..I was busy cleaning up the kitchen with Mama and cooking lunch. *oh sedihnya! (T_T) Sempat dating with Mama..eleh pegi Nagoya je pun. Uhuk uhuk. Beli kain langsir for the 'room'. Cececeh~ :P Bukan main susah nak pilih kain..omaii~ tapi dah gembira sebab dapat kain langsir yang ohsem and suitable for the theme. Rembat 4meter kain baju kurung tapi tak tau bila nak tempah. Niat di hati, tamau beli..tapi puan Mama siap bagi soalan bonus, "Dik, taknak ke tempah baju..nanti lepas kawen kot nak pakai..." -Err..okay..macam tu ke. Uhuhu~ beli jelah. 

Masa jalan-jalan tu...felt awkward..one thing that really caught my eyes..no wasn't the kain baju kurung tu... tapi the people in the shopping mall. Eh, I was confused! Ingatkan dekat Indon..dah ramai pulak sepesennn je tengok muke. Macam-macam rakyat ade..sampai tercari-cari dimanakah lelaki Melayu yang aku boleh usya? nampaknye negatif. sabar jelah. Lepas ni takyah bazir duit nak g jalan overseas..jimat kan. huhuhu~ 

Dah penat jalan, perut dahku sempat request lagu. Mengunyah mee ladna sepinggan. Blurpp..lepas tu rasa guilty kat perut sendiri. Aduh..pegi jogging la. Yes..kuatkan semangat untuk peluhkan ketiak. cepat2 ke kompleks dan menyaksikan ratusan umat sedang beriadah. Cool kan. orang negeri Sembilan memang sihat-sihat :P

Tapi tapi tapi! saya sedih jugak la. sedih amat kot. I have no idea..why why you you you gadis ohhh gadis.. bila jogging..kenape pakai macam tu. Aiseh.. mungkin you rasa hawt..mantap dan ape-ape jelah. Mase tengah dok jalan kat trek, terlihat sekumpulan aweks cumel yang baru nak jogging. Lepas tu malu-malu pulak konon pakwe pakwe nak usya die. Lerrr...sabo jelah. Dah pakai senonoh sikit. Takde la orang nak tengok engko. Ish! Semak jugak la mate nengok. Lucky for the guys..yang pakai seluar ketat tu..dan berbaju fit tu. Ohsem... yang pakai sandle nak pegi pasar malam pun ade..adui kak..salah tempat ni.. 

So..please remind yourself..masa nak riadah, wear sport attires. Comfy tshirt (yang serap peluh), track suit and sport shoes. Kalau pakai sandle memang tak sesuai..kecuali memang purposely nak melepak-lepak la kan. I really take it as a serious matter..nak bersukan..buat cara yang betul. :)

rajah 1: pemakaian yang sesuai untuk beriadah. hehehe

maafkan doodle itu..sebab tuan die tak reti nak buat comel. :p

Lagi satu, tak payah nak segan bila nak beriadah. Tak kisah la badan comel ke, ape ke..yang penting enjoy yourself there and always be confident. Ok? dengar tak teacher cakap ni? Paham? hahahaha~ *rindu plak kekanak rebina dahku~:P 

Cuti-cuti ni meh rajinkan diri peluhkan ketiak. Lagipun, badan memang dah mengembang ni. Bajet nak diet je..tapi terkandas. hahah~ tekanan..petang esok berazam nak jogging 4 round! fuyohhhh~ O.O tebeliak bijik mato acik. hahaha. insyaAllah..hope tak jogging atas katil. eheheheh~ :P


Oklah..panjang pulak membebel. maaf! hehe.. thanks for viewing! muahssss


ho ho holidae!

Assalamualaikum & haluuuu evrybodehhhh! 

okay..sorry for the over reaction. I'm super excited for the 1 week break. Alhamdulillah after 3 hectic weeks with workloads..finalleyyyy, I'm free! yaahuuu-ness! haha :P

and absolutely..I miss me bloggie..aloo pity you..didn't have much time to really update you..to pamper..and to say hi to you bloggers. Thanks for dropping by..I wish I could update frequently..tapi masa mencemburui dahku. terpaksa lah dahku melupakan hasrat untuk ber-blogging. sob sob (T_T). Okay, dah dah. stop it. hehe.

Been through a lot..I must say that the whole three weeks really taught me new things..though I'm doing the same things each year.. but the emotion isn't the same. Alhamdulillah. I'm happy yet quite nervous dealing with my works. It's a huge responsibility..though some might say..that being a teacher is just -nothing- that's totally wrong. You have no idea what the teachers are going through. There are times, we're so tensed with all the school events. Plus..the teaching itself..it's not easy at all. that's the toughest job. 

I love my kids. I love the way they are..you scold them, they keep on repeating it. but when you counsel them with nice words..with explanations, they'll understand. Definitely, I have naughty kids in my class..Ya Allah, sabar jelah. There's one kid..sabar sangat nak layan kerenah diaaaaa. He's sooo stubborn. so manja..not interested in learning..whatever activities done during the lesson, he'll just ignore you and he's only 7 years old! (T__T) Tapi tadi, he was doing good. The class teacher puts him next to the teacher's table. So I helped him in copying down the sentences till he completed his work. And yay! after 15 mins, dia dapat siapkan. I puji dia, buat muka cover -ego ni budak ni tahu!- tapi he liked it. Suruh kawan2 dia tepuk tangan. Muka bangga. Chet..macam ni rupanya dikau. Uhuhu~ kalau sepuluh budak macam ni..teacher pengsan ok! (T__T) Ni baru weeks..takpe lah, we just wait and see...and let him be my assignment. huhuhu~

Enaf la bout school. Nak ease my mind..1 week break rase macam sekejap je tapi banyak benda nak buat. Kemas rumah..kemas bilik..survey barang-barang *wink!* and planning to create the gubahan hantaran. Rase best la pulak tengok gadis-gadis buat sendiri. Nak hantar kedai pun confirm mahal. What do you think? (^__^) Nak buat sendiri tapi kena manage time. Banyak jugak tu..Need to start early..step by step. Dah panic jugak sebab kursus kawin baru nak pegi bulan dua. Hoho~ lambat sungguh. sabar jelah. Tetibe banyak pulak benda kan nak kna buat. oh tidakkkk~ *panic panic* Adeh..camne la nak tenangkan fikiranku ini..banyak bebenor nak kne siapkan. ade sesape nak tolong?  huhu..

Fuhhh~ tarik nafas.. ^__^ stay positive..seriously, nak enjoy myself for my big day. InsyaAllah..the first step is to google-ing some tips for the event. tehehehe~ :) Happy hols everyone. Enjoice! :)


 hehehe :P gatai~

p/s: lagu Terukir di Bintang memang dah jadi kegilaan. (^__^)

and I'm so thankful! Alhamdulillah

Assalamualaikum! Hello bloggers....Urghh..i hate to have this kind of feelings..I wish I could have more time to write something here...but workloads never fail to bother me. (T__T)

It's the end of second semester! yeap~ and I'm so thankful..syukur Alhamdulillah..struggling for 5 months it's not easy at all. Too many assignments though I only took 3 subjects. Hell yeah~ sangat tertekan! Research here and there, analysing data, SPSS bla bla bla. *tapi nak kembang hidung sebab dah tau guna SPSS. Hihihi~* Done with research methodology 2 paper last week..done with all the assignments. Alhamdulillah. I decided to take a break for 1sem...I wish la dapat teruskan..tapi sebab sibuk dengan persediaan 'hari' tersebut..I'm not sure I can stand the pressure..kalau teruskan. huhu~ *ni baru dugaan kecil kan* but insyaAllah, selesai semuanya, perjuangan diteruskan. Sedih tak dapat join my close friends for next sem. Good luck guys~ 

Too many things to do..but I'm happy with my job..teaching isn't an easy job..when you're dealing with kids! yesss..kids..yang banyak soalan..dah tanya, lepas tu tanya lagi. hohoho~ penat nak layan..but I'm happy to see them learning English..at least they can use English words in the class, singing with joy..*sampai teacher pun jadi clown. InsyaAllah, hope mood happy ni kekal~ selalu muhasabah untuk positifkan minda..selalu muhasabah kekurangan diri... :)

Tapi biasalah kan..ada masa..mood tu lari,payah benor nak kejar..it takes time..ada hari..memang slow sangat..sampai takde mood nak siapkan keja..huhu~ payah payah..penat je..maybe sebab dah lame tak p jogging ni..huhu dok melantak kat umah je.. *ops diet gagal* esok berazam nak p jogging..nak peluh2 ketiak..haha~ harus harus..lagi brape bulan ni?? aisehh..neves la jugak.. :P doakan semuanya ok yaa? muah!


Thanks for viewing..sorry sangat lama tak update..Take care! :)


Rindunye kat awak!

Assalamualaikum.

Hi belog ku sayang..lamanya tak jenguk awak kan..lama tak beramah mesra dengan awak kan. 
(T___T)


Busy sangat..sampai takde mood nak update. *ade ke yang tertunggu2? kehkeh~ :P Alhamdulillah, haritu dah selamat exam Research Methodology 2 yang amat lah kepeningan jawab soklan statistic..ya Allah, tawakal je skarang...thanks to my dear friend cik Hanis sebab sudi ajar kakak awak yang tak brape hebat statistic ni. InsyaAllah...tinggal assignments je kene hantar minggu ni. Penat & tak siap lagi ni. 


Skolah ok..anak-anak pun ok..Alhamdulillah, dapat students yang baik-baik, tak bising sangat..senang nak control.. ^___^ Skarang tengah sibuk nak hias kelas, minit mesyuarat, mesyuarat lagi...it's not easy okay! cikgu ni bukan mengajar je yeeee...banyak lagi benda lain kena buat..terkejar-kejar..huhuhu tabahkanlah hatiku ini~Tapi rase happy sebab anak-anak pengawas saye buat kerja bagus~ ^___^ assembly pun bagus..kena train untuk MC bahasa Arab pulak. *bantuan ustazah diperlukan. huhuhu~

Tahun ni rasa teruja nak masuk kelas..and enjoy myself with the kids. Year 1 & 2..mudah-mudahan dapat la diorang blajar..tak banyak takpe, at least, dapat blajar sikit pun takpe. I know they're unique in their own ways. kan?

So, how bout you guys? study ok tak? Monday blues lagi? cari tips cepat-cepat camne nak elakkan Monday blues...or everyday blues. heheheh~ Thanks for viewing & visiting my blog. Take care! :)




lama yang baharu

Assalamualaikum.

2012. 

Alhamdulillah, syukur dipanjangkan umur dan dapat merasa manis pahit segala hal dalam hidup. Penghujung yang beremosi sehingga terlalu sukar untuk bernafas. Sememangnya, dugaan itu sentiasa hadir untuk menguji kesabaran. Dugaan itu barangkali membuatkan kita tidak alpa tentang kelemahan diri. Bermuhasabah, berfikir untuk sesuatu perubahan yang positif. Tidak kira apa azam sekalipun yang kita mahu laksanakan, bermula dengan niat dan hati yang ikhlas.


Terima kasih ya Allah, atas tahun 2011 yang Kau kurniakan. Segala kegembiraan dan kesedihan. Segala rasa yang berbeda setiap satunya. Segala pertemuan dan perpisahan. Segala kebahagiaan dan tangisan. Sempurna dan istimewa dari-Mu ya Allah.


Pasang surut kehidupan. Bak kata seorang teman, 


"Hidup ini umpama hutan. Dari jauh kita nampak menghijau, cantik dan dihiasi kabus. Tapi, bila kita berada didalamnya....macam-macam yang kita jumpa. Ada gembira, ada sedih, ada cabaran dalam setiap langkah untuk mendaki ke puncaknya." 


Setiap hal yang terjadi punyai alasannya yang tersendiri. Kadang, boleh ditepis tapi emosi menguasai akal lalu menjadi huru-hara. Dari situlah menguji kematangan kita..Setiap hal yang terjadi membuatkan kita berfikir, apakah silapku..apakah maksudmu Tuhan? Dari situlah kita belajar untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah.


Azam yang lalu diolah seperti yang baharu. Takpelah, yang penting ada tujuan dan cita-cita dalam hidup. Tak perlu nak hebat, ikut kemampuan kita. kalau nak jadi hebat dah tentu usaha 200% hebat. Begitula ceritanya. Tak salah kalau bermula dengan langkah yang kecil..lama-lama keberanian itu timbul, kita boleh melangkah lebih jauh. Dah tentu usaha pun mesti berterusan, bukannya berhenti di tengah jalan. 


Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan ketenangan dalam menempuh cabaran yang mendatang. InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...