rindu bha sama diurang. (T__T)

Assalamualaikum & haihai sahabat bloggers. 

Baca tajuk entri je boleh teka kan. bahasa kat mana tu kan. huu..bhaaa mana lagi kan, di Sabah sana tu. (ni betul-betul cakap sabah bha ni) huhu. ya la, dulu saya posting pertama di Tenom, Sabah. Tadi, tenguk TV skali ada cita pasal Tenom. *lupa lak name tv prog tuh, about travelling & adventure la kot. 

memang betul-betul dia tunjuk di tempat yang aku pernah tinggal dulu. Masa mula-mula sampai memang sedih bha. jauh dari famili. tapi cuba jugak kuat semangat, ngajar di tempat urang. Tapi nda kuat jugak aku, pindah Semenanjung, pulang kampung. Pagi-pagi, di Kemabong kabus jaaak. Susah betul mo (bukan moo tapi mau) bangun kan. Drive 5 min jak ke sikul (skolah). 

Pagi-pagi diurang ucap, 

"Pagi, Cigu".

Aku pun jawab la,

"Bah..Pagi.."

Tengahari pun sama jugak. Diurang ni rajin ucap/ greet bila jumpa cigu. tapi kalo di semenanjung ni, payah nak tenguk students greet cikgu diorang. huhuh. Buat donno je ye tak. Bikin gue saket hati jugak la. Kena sound, cuba la ucap selamat kat cikgu kamu ni. Jalan menononnnng aje. Bukan senang bha jadi cigu ni. Betulll. Mungkin ada di antara kamu kamu dan kamu nda suka sama cigu kamu dulu kan. *sama jugak la aku ni. huhu. Tapi, yang nyata memang mencabar jadi pendidik.

Di sana, dapat macam-macam pengalaman. Beruntunglah budak-budak di sini ada kemudahan. Beruntung jugak lah budak-budak yang boleh naik bas, komuter, van pegi sikul. Di sana, jauhhhhhh tu na rumah diurang. Atas bukit sana tu. Awal-awal lagi sudah jalan p sikul. Jalan kaki jak. Jauh. Ada yang nda buleh datang, jadi bila teacher tanya, "napa nda datang?" ada yang jawab, "Kaki saya sakit bha cigu". Sakit sebab jalan jauh sampai kasut kuyak. 

Pernah juga la hantar students balik ke rumah diurang. Jauh, masuk ke dalam sana. Kalau jalan kaki, ada la dalam 2 kilometer kot. Seronok diurang naik kereta, aku bawak p jalan pekan makan KFC. huhuh. *students Tahun 6 mau tinggal ma cigu sebab mo blajar ngan cigu dia. 

Aku ajar English, challenging. Ada bha yang buleh, yang pandai.. tapi kena tahan lah kena marah ngan teacher. huhuh. Aku suka menyanyi dengan diurang, lagi senang nak faham. Diurang pun enjoy ^___^

Paling aku sedih masa aku mo pindah tu. Last day...ada yang "nangis-nangis...teacher, jangan pindah bha teacher....teacher, nanti sy rindu sama teacher". Maaf, teacher tak mampu nak tinggal lama di sana...sedih la pulak. Masa tu memang mental down, betul-betul nak pindah. (T____T). Diurang buat surprise untuk teacher ni, macam-macam adiah diurang bawak untuk aku. Lepas tu, diurang nyanyi semua lagu yang aku ajar kat diurang. *touching gue. (T___T) video ni la satu kenangan yang sempat rakam. tq anak-anak ku.


my beloved sayangs in Kemabong. (^__^)

Rindu kanak-kanak ribena sayangku ini. ada yang dah exam UPSR kan. Diurang contact teacher di fesbuk aje. Ada jugak diorang tegur-tegur suh teacher p sana. huhu..insyaAllah kalau ada rezeki, boleh bha. ^_^

Tq Allah bagi ku peluang untuk belajar..untuk merasai pengalaman yang cukup indah. Alhamdulillah. Walopon skarang di sini, hati tetap rindu keluarga di sana. Aku respect sungguh cikgu-cikgu yang tabah dan kuat semangat diorang mendidik jauh-jauh. Ada yang kena naik boat, di pulau. Semoga Tuhan sentiasa memberi keberkatan kepada rakan seperjuanganku. :) Dan doaku, sayang-sayang ku disana dapat belajar dengan bersungguh-sungguh, dapat masuk universiti dan pekerjaan yang bagus. insyaAllah. amin..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...