rindu bha sama diurang. (T__T)

Assalamualaikum & haihai sahabat bloggers. 

Baca tajuk entri je boleh teka kan. bahasa kat mana tu kan. huu..bhaaa mana lagi kan, di Sabah sana tu. (ni betul-betul cakap sabah bha ni) huhu. ya la, dulu saya posting pertama di Tenom, Sabah. Tadi, tenguk TV skali ada cita pasal Tenom. *lupa lak name tv prog tuh, about travelling & adventure la kot. 

memang betul-betul dia tunjuk di tempat yang aku pernah tinggal dulu. Masa mula-mula sampai memang sedih bha. jauh dari famili. tapi cuba jugak kuat semangat, ngajar di tempat urang. Tapi nda kuat jugak aku, pindah Semenanjung, pulang kampung. Pagi-pagi, di Kemabong kabus jaaak. Susah betul mo (bukan moo tapi mau) bangun kan. Drive 5 min jak ke sikul (skolah). 

Pagi-pagi diurang ucap, 

"Pagi, Cigu".

Aku pun jawab la,

"Bah..Pagi.."

Tengahari pun sama jugak. Diurang ni rajin ucap/ greet bila jumpa cigu. tapi kalo di semenanjung ni, payah nak tenguk students greet cikgu diorang. huhuh. Buat donno je ye tak. Bikin gue saket hati jugak la. Kena sound, cuba la ucap selamat kat cikgu kamu ni. Jalan menononnnng aje. Bukan senang bha jadi cigu ni. Betulll. Mungkin ada di antara kamu kamu dan kamu nda suka sama cigu kamu dulu kan. *sama jugak la aku ni. huhu. Tapi, yang nyata memang mencabar jadi pendidik.

Di sana, dapat macam-macam pengalaman. Beruntunglah budak-budak di sini ada kemudahan. Beruntung jugak lah budak-budak yang boleh naik bas, komuter, van pegi sikul. Di sana, jauhhhhhh tu na rumah diurang. Atas bukit sana tu. Awal-awal lagi sudah jalan p sikul. Jalan kaki jak. Jauh. Ada yang nda buleh datang, jadi bila teacher tanya, "napa nda datang?" ada yang jawab, "Kaki saya sakit bha cigu". Sakit sebab jalan jauh sampai kasut kuyak. 

Pernah juga la hantar students balik ke rumah diurang. Jauh, masuk ke dalam sana. Kalau jalan kaki, ada la dalam 2 kilometer kot. Seronok diurang naik kereta, aku bawak p jalan pekan makan KFC. huhuh. *students Tahun 6 mau tinggal ma cigu sebab mo blajar ngan cigu dia. 

Aku ajar English, challenging. Ada bha yang buleh, yang pandai.. tapi kena tahan lah kena marah ngan teacher. huhuh. Aku suka menyanyi dengan diurang, lagi senang nak faham. Diurang pun enjoy ^___^

Paling aku sedih masa aku mo pindah tu. Last day...ada yang "nangis-nangis...teacher, jangan pindah bha teacher....teacher, nanti sy rindu sama teacher". Maaf, teacher tak mampu nak tinggal lama di sana...sedih la pulak. Masa tu memang mental down, betul-betul nak pindah. (T____T). Diurang buat surprise untuk teacher ni, macam-macam adiah diurang bawak untuk aku. Lepas tu, diurang nyanyi semua lagu yang aku ajar kat diurang. *touching gue. (T___T) video ni la satu kenangan yang sempat rakam. tq anak-anak ku.


my beloved sayangs in Kemabong. (^__^)

Rindu kanak-kanak ribena sayangku ini. ada yang dah exam UPSR kan. Diurang contact teacher di fesbuk aje. Ada jugak diorang tegur-tegur suh teacher p sana. huhu..insyaAllah kalau ada rezeki, boleh bha. ^_^

Tq Allah bagi ku peluang untuk belajar..untuk merasai pengalaman yang cukup indah. Alhamdulillah. Walopon skarang di sini, hati tetap rindu keluarga di sana. Aku respect sungguh cikgu-cikgu yang tabah dan kuat semangat diorang mendidik jauh-jauh. Ada yang kena naik boat, di pulau. Semoga Tuhan sentiasa memberi keberkatan kepada rakan seperjuanganku. :) Dan doaku, sayang-sayang ku disana dapat belajar dengan bersungguh-sungguh, dapat masuk universiti dan pekerjaan yang bagus. insyaAllah. amin..


Monday Blues?

Assalamualaikum & hellooooo everyone. wasssuuup! heheh. 

Dah lunch blum? Ke baru nak sarap? Ke baru bangun tido? Ke tido lagi?huhu

I've finished all my classes. Pheewww~ Lega. ^_^

Kalau pergi kerja..hari Isnin confirm malam Ahad tu muka toya sebab tension nak g keja kan. I searched some tips to overcome monday blues which really helps me. Nah, sila baca. hehe :)


1. Call a friend and talk about the fun topics. 

2. Allow your feelings be as they are.

3. Plan your day.

4. Ask a co-worker/ friend how their weekend went

5. Stop complaining.

6. Clean your desk.

7. Help a friend/ co worker.

oh and yes, one more.


8. Wear your favourite dress *avoid wearing dark colours. :)


Ahah~ it sounds nothing but really affects our emotions especially on Monday. I've tried some of the tips and it works. Ada mood, spend my free time to clean my desk and make it pretty. Bila nampak desk kemas seronok je nak kerja kan. heheh. So, I hope the tips can help you guys. Give it a shot.. Mana tau kot berkesan. hehehe ^__^

Take care darls. xoxo 



Life: Does it really matter to you?

Assalamualaikum & hello. 

first of all, thanks to bloggers who are willingly to be my followers. I really hope that everyone knows the function of being a follower. :)

It's Sunday and I have wasted the whole yesterday without doing any task for my assignment. Perhaps I was too tired with two days of classes (Thursday & Friday). I was too exhausted and I didn't have the guts to do anything except surfing the Net, Facebooking and blogging. *and now feeling guilty to myself. aiyoh (T___T)

So we meet different types of people on the net. I can see women nowadays are becoming aware of their own beauty; to look pretty, to look good. if it's good for them, I don't have any problem with that. That's their options. Of course, there are people who can't accept the fact that we're different. Yelah, tak boleh nak expect people to be like you all the time. If you don't like it, ignore. Like I said in my previous post, try to be so eager to know yourself first rather than to be so busybody to others. Kan?

Back to my topic..

LIFE


does it really matter to you?

do you really take charge of every single thing you do in life?

do you really think the aims in your life?


For sure, each of us really take charge of things that we do in life. InsyaAllah. When you know your aims to be achieved in life, you will have more focus and you won't feel that life is meaningless. Life isn't just about falling in love or surfing the net or being pretty. Life is more than that.


"Plant your own garden and decorate your own soul instead of waiting for someone to give you flowers"

Take charge and never give up. :)

check check rawk rawk. :p

Assalamualaikum. wassup yaw! hahah. 
tak buat ape pon ari ni. nah, ni saye cube2 je main gitar. 
kalau tak sedap, takmo marah ye. 
kehkehkeh~


Remember When - avril :)

Rasa yang berbeda.

Rasa yang berbeda


Dulu kata cinta,
Kini semua dusta.


Dulu hati setia,
Kini penuh curiga.


Dulu setiap detik bersama,
Kini tak mahu bertentang mata.


Dulu sehidup semati,
Kini benci sampai mati.


Sampai bila,
mahu terus begini.




4 days.

Assalamualaikum & hello sayangs ^_^

Oh my..I just came back from ukm and it was raining but Alhamdulillah managed to reach home safely. Glad to submit the individual task on time though I had to 'burn' the whole day of Deepavali *walopon tidak beraya. :p sebab i wissssshhhhh! to go shopping or at least had a long nap! :p but it's okay. I didn't have other options. (-__-).

I was in Kuantan, Kelantan & Terengganu for a short holiday. (Lucky me to have 3 days off for Deepavali ^_^ *jangan jeles! hehe) of course with beloved ones - mama, ayah, angah n sis in law k.Diana. It was a very tiring journey, gila punya lama nak sampai Kelantan. Adui! lemau rase pinggang. We decided to stay in Kota Bharu, booked a homestay *comfortable enough to sleep & rest. don't expect for five stars hotel la kalau nak holiday lame ni ye. hehe :) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh are some of the nice places to visit. I'm in love with the FOOD too! hahah. pagi-pagi dah makan NASI DAGANG ye. NASI KERABU pon ade. Haihhh! perut nih dah jadi super boroi. haha :P and it feels so good having a chance to taste different types of food in KB.  I just bought few stuffs there, two cute handbags *online jual 1 : rm50, I bought it two for rm50 and I'm happy ^__^ As usual lah, Mama with her pinggan mangkuk, periuk n macam-macam lagi lah kan. Saye belum sampai mase lagi nak interested dgn sume tu. huhu :p

Off to T'ganu and stayed @ another homestay near Wisma Darul Iman *tak silap le. hehe. So, it's easier for us to go around the town. And i was sooooo excited to meet my ex roomie in uni dulu. Nene sayang @Nadia Wahib. Happy gilaaaaaa sangat sebab dah 2 tahun tak jumpa and now she's pregnant. ^___^ cantik, cumel and it's just like a dream. You're married and you're pregnant..and i'm waiting to get married. hehe Alhamdulillah, I will always pray for u my dear. Borak- borak pon sekejap je.. sebab my family dah penat. Rasa tak puas sebab macam- macam benda nak gosip. hehe pempuan kan.. :p Kami tak shopping di KT, just pusing-pusing di Masjid Kristal. (masa tu kami confused, apa fungsi masjid ni ye?) and the pegawai asked me, apa beza masjid ni..cuba tengok. I answered..erm, sama je. hahahah. sabo jela. rupenye dinding dia cermin..cuma ada corak ukiran tu. I didn't noticed that. :p Snap snap pix, menghayati pemandangan indah sambil berangan jadi model yang kemetot.. :p Chow trus ke homestay and packed things to go back.

Penat amat sebab pukul 12 malam hari selasa baru sampai rumah. Alhamdulillah. thanks to angah n kak diana sebab jadi tourist guide kami. with the help from GPS. hehe :) 
 

p/s: panjang macam essay ye tak? sorry ^__^

Masjid Beijing, Kelantan

i mishhh you! :)))  



rombongan cik kiah g masjid kristal :P   










Fuh penat! hehe. Nak tido dah~ Good night! and thanks for singgah :)) xoxo

Wordless Wednesday : yumminess :p

Assalamualaikum & hello!

Rindu makanan ini. @Klate deh.. :p

super penat !

Assalamualaikum & hello.

Tq sayangs ku yang singgah ke blog ini. Tq so much ^__^. oh, penat sungguh ni sebab baru pulang dari Pantai Timur. Alhamdulillah, semua okay dan gembira. Short entry for tonight coz i'm super penat and have to finish my assignment tomorrow *sedih, sbb tak dapat raya. :p

Nanti saye update ya~ nah, sila tengok video cumelness ni. take care everyone. xoxo


Nak jugak~ hahah :p

It's not that hard. :)

Assalamualaikum & hello. 

First & foremost, I would love to THANK YOU for being part of my blog. Feel free to comment ya :)


Managed to cook dinner for Ayah & mama just now. Alhamdulillah. Menu simple, ikan cencaru sumbat & sambal terung with ikan bilis. ^0^ So how bout your dinner? mesti makan, nanti perut slim tak kacak la. hahah~ Ok, let me straight to the point lah n it's related to my entry for today. 

Critical Thinking:
- making decisions based fully on logic; this means thinking beyond instincts and considering all the information and the consequences and effects the decisions would have. *Source


And so it's not that hard to practice critical thinking in life. Hari-hari pon kita berfikir kan nak menyelesaikan masalah yang kadang-kadang kecik je pon. As for me, I do believe that it's a necessity to be thinking about things around you especially yourself and your life. Dalam tak sedar sebenarnya kita dah jadi seorang yang 'critical thinker' cuma kita taknak ambil tahu or just put it aside and tomorrow's going to be a new day. But hey, susah la jugak macamtu..sebab makin lama kite grow up sepatutnya makin kita kenal diri kita. that's why kena rajin berfikir & selalu jugak 'reflect' pada diri & hidup. 

Sebelum tuuuuu. Jap ye, saye nak request I just need kawan yang berfikir rasional dan positif ye..dan faham apa itu fungsi blog. Ade gak yang cakap nanti * eh poyo lak dia ni nak citer macam bagus aje. haaa tamau ye. xbest, you pollute the environment. So, stay away ye negative thinkers. I don't need you. :)

Back to the topic. Slalu dalam idup la kan, usually we tend to blame others. we tend to give soo many negative comments on others. Why not kali ni start thinking of ourselves, mana yang kita kuat and yang lemah. mana yang boleh diperbetulkan dan yang lebih dikurangkan. Instead of asyik tak puas hati dengan orang sampai nak kutuk gila-gila lepas tu keluar *f word la maki hamun bagai, come on lah.

Based on my experience, when I concentrate more on myself, I'm happier. I learn to understand myself better. Selepas peristiwa bila saya try utk jadi concern pada masalah orang yang penting bagi saya, tapi disalah ertikan..so I decided not to bother much about others. I decided to be concerned about myself first. Sebab saya rasa macam membazir bila orang salah menilai tujuan sebenar kite tuh. level of selfishness tu dah tentu meningkat tapi belum sampai tahap *eh kau life kau, aku life aku. Tu namanya dah tak boleh idup ngan masyarakat. huhuhh. What I mean is..not to be so *eager nak tau sangat pasal orang lain tapi try to be so *eager nak faham diri sendiri. InsyaAllah. :) 

Cuba untuk memahami jalan yang sesuai nak selesaikan masalah. Cuba untuk gunakan kematangan yang tuhan dah bagi bila ada masalah..selalu emosi dulu, lepas tu baru terhegeh-hegeh *alamak, salah la. patutnye aku buat macam ni..Kalau boleh control, mesti tak jadi emo emo ni. *pempuan lagi ler kan. huhu Harap-harap dapat control selagi boleh. :p 

Learn to love yourself, learn to appreciate yourself. Don't feel sad bila tau banyak kelemahan. It's not that you're weak, it is the uniqueness of you. Takde pon semua perfect kat dunia ni. kan kan? hehe. So, be a critical thinker and try to see BEYOND. Slalu tengok movie kan kena nak paham jalan citer. Ha sama la tu kan. ^0^

This entry is just my thoughts to share with you guys. Perhaps, ada yang nak share kan, boleh aje. Sharing is caring..heheh. Thanks for reading yaw! :D

p/s: pack barang nak gi holiday di Pantai Timur! ^__^

bittersweet memoirs.

Assalamualaikum & hello.

Tahukah awak semua, saya baru je sampai umah. It's 11.04pm now. Alhamdulillah, i'm home and it's still raining. Oh by the way, thank you dear followers for reading my blog *happy ^__^ 

Funny ye..tengah drive boleh teringat zaman study dulu- dulu. Yes! Memang bittersweet pon kan. I miss my classmates and friends in Uni. Gila-gila rindu sebab sekarang memang susah nak jumpa diorang. Tu pon jumpa time kenduri kahwin. Huhu Sedih jugak~ Tapi betul-betul teringat masa...

.... dapat panjat gunung dengan budak kelab Kembara. Seriously, bukan outdoor tegar macam geng lain tu. Tapi, bersyukur & happy sebab ada pengalaman macam ni.

.... panjat gunung, busuk- busuk, pakai kasut getah cap bowling itu, haversack Karrimor yang ku beli beratus sampai sekarang masih tersimpan rapi (dulu posting sabah wa sumbat baju dalam haversack ajew..hahah)

.... kena jogging berapa puluh round b4 panjat gunung konon2 nak bagi stamina cukup. Aku jugak le yang lemau. hahah.

.... masak lauk paling simple ramai2 (mak-mak) lauk sardin pon lazat bila makan ramai-ramai okay! :)

.... sejuk & hujan mase panjat gunung Trusmadi di Sabah..masa tu memang musim hujan. Belanja riban nak pegi sana. Tidur berhimpit dalam cabin. Dugaan tapi sampai jugak ke puncak! 

.... bila dapat baring tengok bintang banyak sangat..subhanallah view yang sangat cantik nak menuju ke puncak gunung Kinabalu. naik dalam pukul 2.20 pagi..dapat tengok sunrise. Solat subuh di atas puncak. 

.... paling best dapat mandi sungai & air terjun kat gunung stong ayam. Sumpah rindu gilaaaaaaaaaaaa nak slide pastu splasssssssssssssshhhh! sejuk macam ais. pagi-pagi dah kena bangun g sungai.. huhuhhhh

.... lepak- lepak waktu malam dalam hutan. Tido ramai-ramai dalam kemah. Time tu xkira dah wangi ke cantik ke. haha hodoh kot. :P

.... wall climbing, abseiling, jaga gerai time expo jual satey. sonok lak rase sampai xnak g kuliah kan. huhu :p *sanggup ponteng :D

.... haish banyak sangat kot nak cerita tapi memang rindu gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dah. how i wishhhh~~~ skang naik tangga je la turun naik. huhu. Alhamdulillah glad dapat pengalaman macam tu. xsangka jugak leh panjat-panjat gunung nih. Memang tak imagine langsung. huhuhu~ moral of the story..sila lah appreciate tahap dewa masa korang tengah belajar (if ur a student now) grab la semua opportunities yang ada..n try something new yang korang rasa macam isssssssh takot nak buat or isssssssh boleh ke. Bila dah kerja. mesti susah nak dapat peluang yang sama kecuali korang betul-betul ada masa nak buat semua jenis aktiviti yang dah dibuat mase dolu2. At least, ada jugak la pengalaman kita betul-betul rasa. Walopon ada time kita sedey member buat hal, sedey konon tak cukup duit, tension banyak assignment kan kan. 

But just enjoy the moments.

You'll miss it one day. 
Like I do.


View @ air terjun (stong ayam)



xoxo.

pening dan gembira!

Assalamualaikum & hello semua. 

Punyaaaalah lama x update belog ku syg. (-____-) terasa agak kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam takde la sibuk sangat sebab hari-hari online di fesbuk itu. hehe~ Sesungguhnya berbelog itu perkara yang agak rumit sebab nak menaip dan perlukan MOOD yang bagus. Kalau tak, separuh jalan lepas tu pangkah. Buat benda lain pulak. Huuu Sadis betul.

Tahukah anda bahawa saye tengah kalut dan pening sebab kena buat satu kerja yang susahhhh nak buat. Makan memang x susah. baru je kunyah BigApple tadi. hehehe~ I'm clueless to find the items for my research questionnaire. Yes! Hyper tensed sebab I need to complete the items within this week. Susah okay sebab my research ni untuk language so bila buat questionnaire macam tak berapa nak seronok. Thought of doing interview/ observation, malangnya prof itu telah menyatakan OK, research awak kena buat kuantitatif ye. Statistik bagai * pening dah lama x kira-kira ni. huhu.

So bila dah kena tukar method, mood pon *bertukar!. Nak kena prepare soalan-soalan yang sesuai. Participants are among gifted students in PERMATApintar. Yeah, belum pon pegi tengok sekolah tu. Harus pergi minggu depan dan berjumpa cikgu sekolah mereka. huhuh. Nampak mudah kan, tapi rumit. Sebab? nanti nak analyse balik data-data tuuu. bikin gue pening. huhu *apsal ngarut xabes2 ni. Haish. maaf kan saye. 

Pening headache pon, banyak event dah buat kat sekolahku sayang. Haritu celebrating Merdekaraya with kids and teachers. *excited tengok diorang pakai baju raya. Comel ^__^ Semua dah pandai bergaya siap dengan shawl lagi okay. huhu~ Teacher pon tolong groom diorang bagi lagi cantek. :P

Me with Balqis and Mimi (year6)   
Okay. Ni Khaleesya my anak buah. Heeee

Comel kan macam Maksu dia. Hahahah~ saja nak tepek gambar budak tecik yang ngada-ngada ni..perasan 'Fasha Kanda' hehe. Baru je jumpa semalam. Oh, kitorang pegi BookFair @Maeps Serdang. Firstly, memang rasa sedih la sebab bajet tak dapat pegi kan. Then, my big bro ajak jumpa kat sana..since that we're on our way to Puchong. Punyala ramaaaai gila manusia! bukan manusia gila ye. hehe~ So I bought 2books only sebab dah pesan kat my dear friend Anis to buy the books for me ^__^ so total: 8 novels. Wow! haha jenuh nak abes ni sampai taon depan. huhuhh~ puas hati dapat pergi ke tempat kejadian. hihi~

saya SUKA sgt polka dot skirt itu :D

Oh dan sehari sebelumnya saya jumpa lelaki perasan kacak tetapi sebenarnya dia tembam dan perut besar. haha *sorry dear. Tq datang Seremban, tengok movie. dah la salah si budak counter tu. nak tgk citer lain skali tiket dapat lain. Huhu~ dan makan di Kenny utk yang keberapa kali pon tatau. Feveret kami kot. :) Akhirnya berjaya jugak pakai chiffon layer skirt beli on9 haritu. hehehe *malu jugak. :p


Love the skirt :)
Tu chiffon layer skirt and i bought it @ Chiffon Layer Skirt. Cumel sangat sampai segan nak pakai. :P ada lagi satu warna brown, tapi masih belum pakai lagi. Comfortable sangat :) 

Oh banyak pulak membebel kan sebab dah lamaaa tak update. Seronok walopon pening buat assignment yang tak sudah-sudah. Sem 2 ni hampir setiap minggu ada task for Academic Writing. Insyaaallah and Alhamdulillah, so far boleh buat lagi. Risau subject research methodology saje. Cuak! Glad sebab lecturers for this sem memang super hebat & cool tau. Especially Dr. Juriah for Sociolinguistics. She will always bring a kettle, paper cups, nescafe and even food for us. Sangat pemurah & baik. ^___^ So, we have coffee girls yang akan bancuh air for all of us. Semua pon respect and rileks dalam kelas tu. Love u lahh Dr. hehehe love2 pon, group discussion & indiv task kena buat jugak. Huuu (-____-) semoga saya sampai ke destinasi seterusnyaaaa. 

OKla sayang2 kuh. :p Panjang sangat nanti penat. haha~ Takecare and please please always think positive. 

xoxo :)

p/s: saya ada baby guitar baru! rasa nak upload video main gitar tapi. ngehehehe malu skit :p

shalalalala :)

Assalamualaikum & Hello everyone. Hope all of you are doing well with beloved ones.

I've made two Shawl Tutorials for my beloved friends. *a few asked how to wear it, so saye pon saja nak try buat tutorial. hehe :)


# Shawl Tutorial 1 :)


# Shawl Tutorial 2 :)

That's it. hee~ short entry for today. daaaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...