serius.

Assalamualaikum & hello :)

Oh my~ sangat lama tidak update mr.blog nih. dengan alasan tiada mood dan beberapa urusan yang harus dilaksanakan. :p but life continues as usual, Alhamdulillah.

People change, things around us change. Yang tidak akan berubah hanyalah Dia yang Maha kuasa. Dan disebabkan perubahan, ada segelintir manusia tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka. Mungkin dipengaruhi oleh alasan-alasan logik dan munasabah maka golongan ini tidak berupaya untuk mencipta sesuatu perubahan. Ada juga manusia yang tergolong di dalam kumpulan yang bersedia untuk berkorban tenaga dan masa walaupun ditentang dan mereka juga mempunyai alasan yang logik dan munasabah. Pertembungan dua golongan ini biasanya akan mencetuskan ketidakstabilan emosi dan seterusnya tidak menjurus kepada win-win situation. Setiap hal yang dilakukan akan menjadi perhiasan minda golongan- golongan tersebut. 

Mana mungkin, manusia dapat membenarkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu asal- usulnya..kecuali yang benar hanyalah Tuhan yang maha kuasa. Bagi saya dan pendirian saya, minda berfikir sebelum beremosi kerana saya percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin Tuhan dan pada masa yang sama menggalakkan semua golongan ini untuk berfikir secara mendalam *bukan tempias sahaja*. Menyelidik dasar-dasar yang sepatutnya menjadi asas atau tapak minda supaya apa yang diperkatakan bukan *omong kosong* Melihat dengan mata hati supaya bukan hanya melihat seluas-luas alam tetapi masih tidak nampak dimana lubangnya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ini sesuatu yang patut kita sedar supaya kita bukan hanya menjadi golongan yang *memilih jalan selamat* atau *hidup didalam kepompong sendiri*. Manusia tiada kesempurnaan tetapi yang buruk itu sepatutnya boleh dicantikkan lagi. 


p/s: pendirian saya dan pendapat saya. tiada paksaan menerimanya. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...