Resipi Saya: Paprik Ayam!

Assalamualaikum dan hello semua.

How's everything my darlingsssss? heee~ raya sudah dekat. saya pon sudah raya. sabar jelah ye. huhu. Kali ni, saya mahu post resipi yang sangat mudah untuk dimasak. Tak perlu berdiri lama sampai peloh 1 baldi kot nak masak lauk ni. InsyaAllah. hehe ^___^



PAPRIK AYAM

Bahan- bahannya:

1. Ayam (dipotong saiz kecil) - ikut keperluan la nak makan untuk berapa orang.
2. Bawang putih (1) - dihiris
3. Bawang besar (1) - potong bentuk bulat
4. Halia (sedikit saje)
5. Daun limau purut (dalam 3-4 keping) - boleh dipotong halus
6. Cili kering dikisar (1-2 sudu besar)- ikut kesesuaian if nak pedas skit
7. Kicap
8. Air (1 mangkuk kecil) - ni pon ikut keperluan boleh tambah/ kurangkan.
9. Sayur campur ( kobis bunga, lobak, lada benggala, kacang pea, etc.) - ikut sukahati. hehe

Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan letakkan minyak sedikit ikut kesesuaian.
2. Tumiskan bawang putih dan halia.
3. Masukkan cili kering yang dikisar (1 atau 2 sudu besar) mengikut kesesuaian.
4. Biarkan cili tersebut masak dulu..sehingga naik minyak dia..
5. Letakkan kicap (ni ikut la citarasa masing-masing.) selalunya letak banyak. Masukkan air (1 mangkuk kecil).
6. Masukkan ayam yang telah dipotong saiz kecil..biarkan daging ayam empuk/lembut dan sebati dengan kuah tadi.
7. Masukkan daun limau purut dan sayur-sayuran.
8. Biarkan sehingga sayur tersebut masak/sederhana lembut..ikut citarasa masing2. ada yang suka sayur lembut..ada suka dia xbrapa masak. hehe
9. Dah siap! ^___^ boleh la dihidang.

P/S:
* ayam boleh ditukar dengan seafood (udang/sotong)
* nak rebus ayam tu dulu pon boleh. tapi saya lg suka biarkan dalam kuah kicap tu..bg rasa dia lg aum. hehe
* If nak tambah cili api skit pon boleh bagi pedas. :)
*boleh juga tmbahkan sedikit sos tiram bagi yang suka rase nye. 

curi dari Facebook saye. ni lah Paprik Ayam :)

Okay. Sudah siap pon. hehe.. apa2 pon, sebenarnya setiap lauk yg kita masak tu boleh diubahsuai..ikut citarasa masing-masing. Mcm saya xsuke & xboleh mkn ajinamoto..so mmg kat rumah mmg xde pon. Selamat mencuba rakan-rakan. hee ^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...