Resipi Bonda

Assalamualaikum & hello everyone.

Sorry for the late post. Been busy lately with workloads and cooking for break fasting. :) So how's everyone doing? How's Ramadhan? :) So, this is the recipe from my beloved mother. We were so excited to make Kuih Ketayap/ Kuih Gulung - a traditional kuih. ^__^

Kuih ketayap/ kuih gulung. Macamana nak buat?? hehehe

haa..saje nak bagi terliur sekejap tengok kuih ni. hehe. nampak senang je ye, TAPI memerlukan kemahiran & knowledge yg cukup nak bg sedap dan cantik. So, if you're interested, you can have the recipe. Selamat mencuba! :)

Perkara yang paling penting ialah INTI KELAPA sebab kalau tak manis & tak sedap, memang tak jadi le kuihnya. tp takpe, lama-lama buat mesti sedap. hee~

INTI KELAPA
Bahan- bahannya:

1. Kelapa parut (1 biji) *ambil yang putih je ye..slalu guna untuk buat kuih
2. Daun pandan (2 helai)
3. Gula melaka (2 keping)
4. Gula pasir (3 sudu besar)
5. Sedikit air *boleh jugak sediakan dalam mangkuk kecil

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dengan api yang kecil. Masukkan kelapa parut, daun pandan (boleh disimpul), dan gula melaka (dipecah menjadi saiz kecil).

Kelapa parut, gula melaka, daun pandan
2. Kacau bahan-bahan tersebut..sehingga gula melaka menjadi cair.
3. Masukkan sedikit air (untuk lembutkan kelapa tu..ikut keperluan. kalau belum cair lg, boleh tambah lg..sikit2)

ni la rupenye dah tambah air :)
3. Masakkan inti kelapa tersebut sehingga menjadi warna coklat. Kalau nak pekat lagi warnanya, boleh la letakkan (gula merah + air sedikit dan ditapiskan) masuk ke dalam inti tadi.

4. Untuk dapatkan inti yang melekit-lekit ni..boleh la tmbah skit je tepung pulut ke dalam kuali..so baru la nmpak lagi cantek. hehe 

inti kelapa yg sudah dimasak. :)
Reminder: kalau inti tak cukup manis, boleh tambahkan gula melaka lagi. ikut kesesuaian/ citarasa masing2.

Okay, dah siap inti kelapa. Macam-macam kuih boleh buat ni. Pernah makan kuih badak berendam? haa..yang tu pon sedap jugak. kali ni saye post buat kuih ketayap dulu ye. sangat mudah :)

Bahan-bahannya:
1.Tepung gandum 1 cawan (boleh dapat 6 kuih)
2. Garam sedikit je
3. Air daun pandan (dikisar dan ditapis)

Cara-caranya:
1. Letakkan tepung gandum + garam skit je ye
2. campurkan air daun pandan tadi (lebih elok guna daun pandan..ada org buat guna pewarna)

air daun pandan


ni adunan tepung :)
3. Panaskan kuali. Cara nak letakkan minyak masak pon ade skill..huhu ambil daun pandan, ikat dan koyakkan skit2..sapukan minyak guna daun pandan tu (macam berus la) hehe. ni bonda yang ajar.

4. Masukkan adunan tepung tadi (slow motion) dari side luar ke dalam..macam buat lempeng tu. tak tebal dan tak nipis. *ni kena buat banyak kali baru cantik hehe*

ok...tak cumel pon..haha.. tak perlu balikkan ye..terus angkat je..bila dah cukup masak. 

5. OK, lepas tu boleh la letakkan inti kat kulit (tepung tu tadi). ikut kuantiti & saiznye..nanti susah pulak nak gulung.
6. Bolehlah gulungkan kulit & inti tu..dengan lemah lembut ye. huhu..slow motion je kalo tak nanti boleh koyak. hehehe
Bonda menujukkan skillnye. pakai alas tudung periuk je. baru old skul. haha :)
So..tulah dia resipi Bonda saye..camne nak buat inti kelapa..yang byk kegunaannya..boleh buat macam2 kuih kan. Slalu buat kuih moden je..donut la..pizza la..ape kate try buat kuih tradisional. baru la tak ditelan zaman. hehehe selamat mencuba! ^___________^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...