Assalamualaikum & hello darls.
eh, da pukul 2.50 pagi tapi masih di hadapan laptop. ketak ketuk ketak ketuk. *mata buntang jadi burung hantu*
tiba-tiba mood kembali untuk mengisi ruang kosong blog yg sudah berubah wajah. tried to make it simpler than the previous one. Alhamdulillah. sudah berapa hari kita berpuasa ya kawan- kawan?? cuba kira sendiri. hehe..walaupun ada yang dah raya. huuu *perempuan perempuan* Macam-macam hal pulak yang jadi sepanjang minggu nih. mak aih! Maha penat. lembik lemau dan sebagainya. inilah dugaan di bulan ramadhan. kan?
Anda tahu kan..saya ni bukan muda mudi lagi. dah kerja pon. Dan ini tentang kerja. Tempoh hari, sedang melompat-lompat sambil menyanyi di dalam kelas darjah 1 *ya saya English teacher* tanpa ketukan di pintu. bigboss membuat kejutan *ok, nanti ada geng nak datang melawat* TIGA hari ya dek non. maknanya boleh jadi muka pucat la semua orang. ni bukan sebarang orang, nun dari Putrajaya. Pengsan terus. Masa ni la nak tengok kekalutan masing-masing. Punya lah m-a-l-a-s sampai..eh korang datang jela. malas nak busy body semata-mata diorang nak dtg tengok. *ayat macho je padahal cuak* dah tu kalut la dengan lesson plan. come on, everyone knows the reality - and that was the first time i had to face them.
Tak boleh nak buat donno je..malam tu siap semua. macam praktikal pulak dah. *semangat lebey* huhu. dah bersemangat ajar 2classes direct for two hours. after recess year2 plak. tak sempat nak tarik nafas..rilek2. eh trus la plak dia datang.
adui lemah jantung (-__-!)
so the kids greeted him. "Are you teaching this class?" "Yes, sir." "Ok, can i observe you now?"
mak aih. neves die xmacam practical dulu ye. masa 2 lecturers datang nak bagi A ke xnak budak nih. siap dengan camera mahal dia tu. duduk hujung skali. eh bertentang mata bagai. siap la amik2 gambar. *buleh pulak bebudak ni excited ada flash* maafkan jela diorang tuh. adoi.
Maaf, teaching aids saya tampal word cards sahaja. Kuasa dah low, saya xlarat nak buat macam-macam untuk awak. huhu jadi, penghujungnya memang la kena ceramah 1jam. But in the end, I was glad to be observed by him. I shared things that I've kept inside.
"Cik Nurul, i know u can do more than this." *ye name saye Nurul gak..huhu* - I did told him I've lost the passion in teaching. I have lost the determination to educate them. I have lost every single thing and I cried.
Million thanks dear Sir in giving me inspiration and reminder to myself.
"Nurul, enjoy yourself. Do the best for them"
Why...why la kan. makin lama makin tak seronok kerja. banyak bagi alasan. sudah la. tamau macam ni lagi. Penat skit je, tapi make them happy. I feel guilty sebab xbuat sungguh-sungguh. - macam practical dulu. Yela, dah tau reality. lagi banyak workloads. Filing yang melambak. tengok, bagi alasan lagi. Sedih plak dengan diri sendiri. =(
Balik rumah, terus semangat buat keja lagi bagus. Fokus melampau sampai tido lambat. Dalam hati, xpe ayu ni untuk diri sendiri. xpe ayu, skit je lagi nak siapkan. xpe ayu, boleh buat..Alhamdulillah, rasa sonok plak skarang. rasa lain sebab dah tau fokus tu kat mana. cuma, boleh maintain ke tak ni? -_-
Dulu study life lain kan. Masing-masing eager to compete. Masing- masing ada semangat. Bila dah ke alam realiti, terpulang kat kita nak jadi ok ke, biase ke, bagus ke atau k.o trus. keadaan sekililing lagi..memang akan terpengaruh. Okla, takpe. kalau kita sorang je yang positif..let us be. the rest biarkan. yang penting kita buat sungguh-sungguh. InsyaAllah. Memang payah nak jaga hati masing-masing. sebab bekerja ni dalam kumpulan..bukan sorang-sorang. memang payah...huhu.
2nd semester is getting closer. 22nd August for registration. Report yang lama pon letak dalam fail je. Harus la selak baca balik. Nak jumpa Dr. Melur pon tak planning lagi. Project paper pasal PermataPintar ni nak kena gerak dah. start earlier. dah abes sem trus boleh tambah mana yang patut. *erk..cakap senang le..nak buat confirm menangis! huhu*
Tiba-tiba rindu dekat geng class -Moga, Anis & Hisyam- mana-mana pegi mesti 4 orang. Class pon sama. neves exam pon sama. check result pon sama. Mudah-mudahan dapat habis study pon sama-sama geng. :) amin!
p/s: maaf la bebelan panjang. perasaan membuak- buak. ^__^